Sunnah Sebelum Tidur

January 17, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Malam adalah waktu kita kita tidur dan merehatkan badan setelah penat disiang hari dengan kerja dan rutin harian.Ada yang biasa tidur awal dan ada yang terbiasa tidur lewat tapi sebelum kita tidur ada beberapa perkara sunnah sebelum tidur yang kita perlu buat.Kadang sebab terlampau letih ada antara kita terus tidur lupa nak buat perkara sunnah sebelum tidur kan..

sunnah sebelum tidur
Gambar sumber Facebook | Beberapa perkara Sunnah sebelum tidur


Perkara Sunnah Sebelum Tidur


Ada beberapa sunnah yang boleh kita buat sebelum tidur,Kak Sue sendiri ada juga buat beberapa perkara kat bawah nie sebelum tidur,jom  kita tengok..

- Berwuduk seeloknya kita biasakan diri kita berwuduk sebelum tidur

- Bersihkan tempat tidur sebab kita tak tahu ada apa benda kat tempat tidur kita,kibas aja tempat tidur tu sebelum kita tidur

- Membaca ayat Kursi dan Surah Al-iklas,Al-Fallaq dan An-Nas dah habis baca kita tiup kat tapak tangan dan kita usap tapak tangan seluruh badan kita dari muka tangan dan kaki

- Berzikir ada banyak amalan zikir yang kita boleh buat dan seandainya kita mati,kita mati dalam fitrah/islam,InsyaAllah

- Posisi tidur mengiring kekanan arah kiblat dan posisi tidur terlentang kaki kanan atas kaki kiri antara posisi yang baik dan sunnah Rasullah

- Baca doa sebelum tidur kita baca doa "Bismika Allahumma amuutu wa ayhya"- maksudnya "Dengan nama Mu Ya Allah aku mati dan aku hidup"

Itu aja beberapa perkara sunnah yang boleh kita sama-sama cuba buat sebelum tidur menurut sunnah Rasullulah.Semoga kita istiqomah dalam perbaiki diri kita dan semoga manfaat untuk korang semua ya..



You Might Also Like

2 ulasan

  1. Nice sharing kak sue. Smg kita istiqomah dalam melakukan perkara sunah2. Amin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.