Long Cardigan Gaya Muslimah Terkini

January 14, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Kak Sue tak ada lah pandai sangat berfesyen,tapi Kak Sue berkenan tengok long cardigan gaya muslimah nie tau.Cuma tak tahu macam mana nak mengayakan dan kat mana nak mengayakan.Ada tiga pilihan long cardigan gaya muslimah terkini yang akan Kak Sue kongsikan,jom tengok..


Long Cardigan Gaya Muslimah Terkini


Long cardigan merupakan salah satu item wajib ada buat wanita yang meminati atau mengayakan Hijabi Fashion sebab ia satu pakaian yang versatil dan mudah dipakai untuk bila-bila masa sahaja.Korang pernah cuba pakai cardigan? Kadang kita rasa macam tak yakin aja nak pakai kan,sesuai ke tak dengan kita.Jom kita tengok beberapa pilihan dan idea memakai long cardigan bagi wanita muslimah moden


long cardigan gaya muslimah dari zalora
Sleeveless Long Cardigan
1. Sleeveless Long Cardigan
Korang tahu tak ada long cardian yang sleeveless atau tiada lengan? Memang ada kerana ia merupakan sesuatu yang dipakai dengan aksesesori tambahan.Lebih menarik dan tak keterlaluan sangat dan masih nampak bergaya trendy dengan sleeveless cardigan dipakai di luar baju lengan panjang.

long cardigan gaya muslimah dari zalora
Long Cardigan Original
2. Long Cardigan
Yang ini long cardigan original yang berlengan panjang.Sesuai kita pakai bila pakai baju lengan pendek.Kalau rasa nak pakai dengan baju lengan panjang,korang boleh pilih fabrik long cardigan yang lebih nipis supaya tak terlalu panas dan kurang selesa dengan cuaca kat negara kita nie.Long Cardigan berlengan nie sesuai dipakai untuk hari biasa atau ke tempat kerja

long cardigan gaya muslimah dari zalora
Sheer Long Cardigan
3. Sheer Long Cardigan
Long Cardigan jenis sheer nie maksudnya dibuat dari kain yang jarang seperti Chiffon.Ramai yang suka dengan long cardigan jenis nie tapi tak tahu macam mana nak gayakan dengan hijabi style.Ia sesuai dipakai dengan maxi dress,jubah atau pakaian yang berwaran neutral seperti hitam,kelabu dan lain-lain lagi semestinya tanpa corak

Sekarang korang tahu dah macam mana nak mengayakan long cardigan dengan cara dan suasana yang sesuai kan..Ikut tips mudah yang Kak Sue kongsikan kat sini,selamat mencuba..papai!


You Might Also Like

5 ulasan

  1. Ummul ada satu bli kt zalora gak..nnti nk bli lgi..colour lain plk.bkenan yg sleeveless tu

    ReplyDelete
  2. Nak cari gak long cardigan yg sesuai..sb linda ni rendah orgnya

    ReplyDelete
  3. Cantik lah sleeveles long cardigan tu....

    ReplyDelete
  4. Suke yg sleeveless tu, cantik sangat :)

    ReplyDelete
  5. Tgk org pakai lawa je. Tapi nak pakai sendiri takut nampak bertambah montel sbb tak cukup tinggi hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.