Laksa Batu Kurau

January 26, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie mood rajin sikit masak dua menu.Lagi pun nak sambut tetamu istimewa hari nie.Satu masak nasi berlauk tapi lauk simple aja dengan Laksa Batu Kurau.Keluarga kami memang suka makan laksa cuma Abang Man sorang aja tak makan laksa.Laksa Batu Kurau nie sama aja dengan laksa-laksa yang lain,tapi macam Kak Sue pernah sembang kat sini dulu dah asal dari Batu Kurau,Taiping,Perak jadi Kak Sue letak lah nama Laksa Batu Kurau,konon lain dari yang lain sikit kan..

laksa batu kurau
Laksa Batu Kurau - Sedia menerimpa tempahan


Berniaga Laksa Batu Kurau


Sebelum nie Kak Sue berniaga Laksa Batu Kurau kat kawasan rumah Kak Sue.Setiap hujung minggu Kak Sue berniaga didepan sekolah menengah Bandar Tasik Puteri.Alhamdullilah sambutan boleh tahan juga,jadilah kan buat duit poket sendiri.Kadang Kak Sue ada juga open order untuk delivery sekitar kawasan perumahan Kak Sue nie,cuma kalau ada game kat Stadium Shah Alam terpaksa cutikan dulu jualan laksa Kak Sue tu.Ingat nanti nak mula niaga balik,tapi kali nie depan rumah aja kut..

Korang yang teringin nak rasa masakan Laksa Batu Kurau dari Kak Sue boleh lah datang singgah.Chewah..macam konfiden aja ada orang teringin nak rasa,hahaha..Mungkin ada menu sampingan lain nanti kalau semua berjalan lancar Kak Sue up date lagi ya.Untuk delivery area Lembah Klang pun Kak Sue terima,tapi biar berbaloi lah dengan order,duit minyak dan tol juga,jangan lah nak order sebungkus dua,nak hantar depan pintu..is no lah hokay!Untuk sebarang majlis atau jamuan Kak Sue terima,lelaju lah contact Kak Sue nanti ya..jumpa lagi,papai!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Alaaaa...sedapnya....terliur dh ni...nanti kalau ada majlis kat opis nk order la..boleh x kalau htr sekali..opis SA kat KL Sentral

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah SA..nanti bagi tau ja kat akak..

      Delete
  2. sy suka mkn laksa! dulu prnh sekali pi uma kwn kat batu kurau. x plan pun tetiba dah sampai batu kurau 😁

    ReplyDelete
  3. sy suka mkn laksa πŸ˜‰

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.