Perfume Pasangan Angkasawan Inspire & Desire

Assalamualaikum,hai semua..Kak Sue memang peminat dan hobi mengumpul perfume.Tak kisah lah mahal atau tak,janji Kak Sue suka pada baunya.Baru-baru nie sempena sambutan ulangtahun perkahwinan Kak Sue dan Abang Man,Kak Sue beli satu set perfume untuk kami iaitu Perfume Pasangan Angkasawan Inspire & Desire.Sebelum nie Kak Sue intai-intai aja kawan blogger Kak Sue Moon berkongsi pasal perfume nie kat Instagram..Kali nie dapat juga untuk dijadikan hadiah untuk kami..ehehe..
PERFUME PASANGAN ANGKASAWAN


Perfume Pasangan Angkasawan Yang Eksklusif


Perfume Pasangan Angkasawan nie adalah eksklusif formula hasil ciptaan mereka sendiri,bukan tiru meniru perfume jenama lain tau.Perfume Inspire untuk lelaki dengan bau musky,woody,cinnamon and clove juga ember scent.Bau memang tak berapa keras kata Abang Man,just nice gitu..Desire pula untuk perempuan dengan bau apple,exotic flowers dan sensual woods.Kak Sue suka,walaupun memula sembur tu macam keras sikit baunya lelama sedap pulak..suka sangat!
PERFUME PASANGAN ANGKASAWAN

Kedua-dua perfume nie tahan lama,non toxic dan boleh bawa solat juga jadi kita tak risau dah bab tu kan..Lagipun harga sangat berpatutan dah.Botol nampak mahal tapi dengan harga mampu milik.Size pun sesuai kita nak masukkan dalam handbag,kalau dah lambat nak pergi kerja atau nak keluar boleh sembur ja dalam kereta kan..ehehe..Kalau korang berminat nak beli perfume nie boleh cari MoonPunyerShop ya,servis cepat dan sangat memuaskan hati.Terima kasih Moon sebab menjayakan suprise gift untuk ulangtahun perkahwinan Kak Sue.Selamat mewangi korang...papai!

Post a Comment

0 Comments