Ulangtahun Play Doh di The Curve Damansara

September 11, 2016

Ulangtahun playdoh di the curve,play doh
Assalamualaikum,hai semua..Sempena Adik bercuti beberapa hari,kami sekeluarga sepakat nak menghabiskan masa berkualiti dengan Adik,chewah..bagi Adik rehatkan minda sekejap dengan dunia luar tapi masih dalam pemantauan lah kan..ehehe..Hari tu Kak Sue ada terpandang Sue Izza berkongsi aktiviti menarik Ulangtahun Play Doh di The Curve Damansara.Jadi hari nie Kak Sue plan nak bawa Adik beriadah kat sini ..Adik teruja sangat dah nak main kat sini..


Ulangtahun Play Doh di The curve,play doh
Adik seronok tengah bentukkan Play Doh dengan permainan yang telah disediakan.Untuk sertai dua aktiviti kat sini,kita perlu membeli barangan Play Doh pada harga RM36,manakala dengan membeli barangan minimum RM60 kita dapat sertai tiga aktiviti,free buggy ride dan free gift papan Play Doh...Haa menarik kan..beli barang kemudian anak kita dapat main lagi kat situ dan boleh bawa balik hasil kretiviti membentuk Play Doh anak kita kat situ..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Aktiviti pertama Adik kat sini Let Go Doh - Town membentuk Play Doh dengan permainan set baru dari Play Doh...macam-macam bentuk boleh pilih kat sini..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Aktiviti kedua Adik ke set Zoo Venture untuk membentuk haiwan pillihan Adik dari Play Doh,Kakak dan Abang kat sini semua baik dan sangat mesra membantu Adik cara membentuk haiwan pilihan kita..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Set Ketiga pula Go Bananas (With Fruits) set membentuk buah -buahan pilihan Adik iaitu buah Nenas dan Anggur..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Set Terakhir Great Bake Off,di sebabkan Adik dah besar jadi tak dapat main free ride tu tak muat kan,jadi Adik diberi peluang bermain kat sini.Set nie membentuk kek,biskut dan ais krim..macam Chef gitu kan..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Haaa..siap dah Adik punya koleksi membentuk mengunakan Play Doh,cantik tak..ehehe,yang nie boleh bawa balik rumah secara percuma..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Dah dapat tadi apa yang Adik suka,lepas nie boleh lah main kat rumah pula,menguji minda dan kreaktiviti..jom kita balik..

ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Kat Wall nie ada ucapan ulangtahun untuk Play Doh dari selebirti dan ramai lagi,terima kasih Play Doh dengan layanan yang baik dan sangat mesra..lain kali acara Play Doh macam nie Kak sue pasti datang lagi bersama keluarga..Jumpa lagi,papai!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Permainan ena masa kecil2 dulu.. buat spagetti la, buat aiskrim la.. best best.. rasa nak beli satu set pula.. nak main sendiri.. hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Anak saya pun suka main play doh..lepas tu ibu diaorang ni la yang kerjanya menyental lantai..hahah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.