Resepi Homemade Ala ShellOut

September 13, 2016

Assalamualaikum,hai semua!Sekarang nie tengah meletop dengan ShellOut sana sini kan.Sejenis,wah sejenis kau..hihi,sejenis makanan laut yang dilambakkan di atas meja.Pilihan makanan laut seperti ketam,sotong,udang dan lain-lain lagi memang menjadi kesukaan Kak Sue sekeluarga..dan semestinya peminat makanan laut lain kan..kan.Baru-baru nie Kak Sue mencuba resepi homemade ala shellout yang dikongsikan oleh kawan Puan Wanie,memang puashati sangat bila kita dapat menyediakan sendiri kat rumah,puas makan tau.Okay lah jom kita tengok bahan yang diperlukan dan cara memasak homemade ala shellout nie jom..

resepi homemade ala shellout
Homemade Ala Shellout

Resepi Homemade Ala ShellOut

Bahan-bahannya :
Pilihan makana laut - ketam,lala,kepah,udang dan sotong (ikut kesukaan masing -masing)
Pilihan sayur - brokoli,bunga kobis dan jagung

Bahan untuk pes :
Cili kering - direbus kemudian dikisar (sukatan ikut banyak mana bahan makanan laut)
2 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 peket kecil udang kering - dikisar

Bahan untuk menumis :
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 biji bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
20 biji cili padi - dihiris nipis
2 batang serai - diketuk
1 keping asam jawa
4 batang daun kari
2 sudu rempah ikan
2 sudu sos tiram
1 kiub ayam Knorr
sedikit minyak dan butter untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

Cara-caranya :
Panaskan butter dan minyak,kemudian tumis kan bahan yang telah disediakan tadi
Kacau dan biarkan naik bau dan sedikit layu
Kemudian masukkan bahan pes tadi,biarkan sehingga naik minyak
Kemudian masukkan rempah gaul sebati,biarkan masak sekejap
Masukkan pula sos tiram,kiub ayam Knor,kacau sebati
Akhir sekali masukkan sedikit air,gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak Makanan Laut :
Masukkan satu senduk pes untuk setiap makanan laut seperti ketam,kemudian lala,akhir sekali sotong,kepah (yang telah di buang kulit) dan udang dalam kuali.Gaul dan masukkan daun kari biarkan masak,kemudian angkat boleh dihidangkan

Cara Memasak Sayur
Masukkan setiap sayur brokoli,bunga kobis dan jagung secara berasingan di dalam rebusan air yang diletak garam dan minyak.
Kemudian toskan.Untuk brokoli dan bunga kobis boleh direndankan dalam air sejuk untuk meranggupkan sayur

resepi homemade ala shellout
Homemade Ala Shellout - memang puas makan!

Akhir sekali dalam penyediaan ala 'Shellout' nie,boleh lah dihidangkan diatas kertas atau ada yang Kak Sue tengok atas daun pisang dan boleh tambahkan nasi putih kalau mahu.Mudah aja kan,gerenti puas makan masak sendiri untuk family..Selamat mencuba ya..



You Might Also Like

3 ulasan

  1. Huishhhh sedap sangattt ni! Nanti nak cuba buat la.. Boleh makan sampai lebamm

    ReplyDelete
  2. Simpan resipi siap2. Nanti boleh buat waktu lapang. Hehehe

    ReplyDelete
  3. alahaiiiii sedapnyaaaa,dah lama teringin nak buat,tak buat2 lagi hehehehh ni kalau makan ramai-ramai seronok ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.