Kerabu Ikan Bilis ~ Mudah Dan Ringkas

kerabu ikan bilis,ikan bilis
Assalamualaikum,hai semua..Selamat berhujung minggu!Hari nie macam biasa tak tahu lagi nak masak apa..Teringat dalam peti ais ada ikan bilis dan Kak Sue plan nak masak Kerabu Ikan Bilis ..tadi macam biasa sambil intai-intai facebook ternampak pula kerabu ikan bilis terus teringin nak makan.Apa lagi,terus lah Kak Sue buat..

Kerabu Ikan Bilis ~ Mudah dan Ringkas

Kalau ikutkan resepi,lebih sedap ada sedikit sayur kacang panjang,carrot dan serai...tapi Kak Sue buat apa bahan yang ada aja,kita buat dia kan..Janji bahan utam ikan bilis tu ada..ehehe.Jom lah kita tengok resepinya ya..Resepi asal dari facebook maaf Kak Sue lupa pula nak tengok empunya resepi tadi nak cepat punya pasal,baca sambil lalu aja tapi terima kasih ya untuk resepinya,nie Kak Sue ikut sukatan Kak Sue aja memandang ada bahan tak cukup..
kerabu ikan bilis,ikan bilis

Kerabu Ikan Bilis
Bahan-bahanya : 
1 mangkuk sederhana ikan bilis - digoreng dan ditos,ketepikan
1 biji bawang besar - dihiris halus
10 biji cili padi  - dihiris kecil
1 biji limau nipis - diperah dan ambil jusnya
sedikit garam,gula dan serbuk perasa

Cara-caranya : 
Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi kedalam mangkuk
Kemudian masukkan bawang dan cili padi,gaul rata
Masukkan pula jus limau nipis,garam,gula dan serbuk perasa
Gaul lagi sehingga bergaul rata,sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba,papai!







2 comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤