Pau Cendawan Yang Viral ...!

Assalamualaikum,hai semua..Dari bulan puasa hari tu,Kak Sue tengok memang viral Pau Cendawan sana sini.Ada kawan Kak Sue post di FB kemahin beratur panjang gerai Pau Cendawan tu.Teringin pula nak rasa sedap ke...?Tambah pula Kak Sue memang suka pau dan cendawan..ehehe...
PAU CENDAWAN
Kebetulan kawan Kak Sue ada jual Pau Cendawan nie area Klang,apa lagi laju-laju Kak Sue order dari beliau.Boleh tahan juga rasa Pau Cendawan nie,cuma kalau boleh buat permintaan wah permintaan gitu,Kak Sue nak inti lebih boleh..hihihi..Dalam pau nie ada inti ayam,cendawan dan sos karbonara.Kalau boleh makan masa tengah panas-panas tau..mesti lepas satu,satu korang habiskan..haaa,gituuu
PAU CENDAWAN
Kalau korang nak rasa atau nak order boleh singgah gerai-gerai kawan Kak Sue nie ya..Beliau juga ada menerima order untuk sebarang majlis,special packing untuk event dan penghantaran terus ke lokasi atau boleh la hubungi kawan Kak Sue kat sini Pau Cendawan Klang atau boleh whatsap beliau terus 016 621 4477


Pau Cendawan Klang
Jalan Sungai Bertih,bersebelahan Pejabat Adun Dr Halimah,Klang ( Sebelum Econmart)
Sri Istana Klang,berdekatan SMK Sri Istana Klang
Meru Klang,berdepan Masjid As Shariff
Seksyen 7 Shah Alam,berdepan Giant

Jangan lupa singgah,selamat mencuba ya.Terima kasih..


No comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤