Kenapa Rezeki Tak Murah?

12:21:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamuaalikum semua,kadang-kadang kita bertanya-tanya kat diri kita kenapa rezeki tak murah..Ada beberapa sebab kenapa rezeki kita tak murah,selain dari kita tak menjaga hubungan kita dengan Allah..antaranya..

1. Lupa Tanggungjawab Kepada Keluarga - kita selalu lupa,nak bertanya khabar pun payah ya amat..ini kan pulak tanggung jawab yang lain..huhuhu..- ingatan untuk diri sendiri jugak nie,maafkan orang ya Abah dan Mak..

2. Kedekut Nak Bersedekah - berkira-kira dalam nak bersedekah,tapi kalau guna untuk buat benda lain boleh pulak ye..memang kedekut betul!

3. Suka Komplen,Semua Orang Tak Betul - suka sangat nak merungut,ada aja yang tak kena kat hati kita,bagi kita..kita aja yang betul,orang lain salah!

4. Bergaduh Dengan Adik Beradik,Putus Silaturahim - yang nie memang parah,tegur sikit tak boleh,sentap,yang menegur pun kadang terlalu keras..hakak lah tu garang sangat dengan adik-adik,kalau tak garang pijak kepala..huhuhuuu..

5. Pengotor Kotor Hati,Kotor Akal,Cakap Kotor,Kotor Fizikal - kalau bab pengotor nie memang Kak Sue kurang berkenan,tak kira la kotor apa pun!!

6. Solat Ala Kadar Berdoa Ala Kadar- solat nak cepat aja manjang,doa pun kelam kabut..semoga kita perbaiki solat kita agar lebih baik dari sebelumnya ya..

7. Malas Suka Buang Masa- bab pemalas nie pun memang pantang,buang masa ke sana sini boleh..buat kerja malas..haihhh rasa nak penampoooo!Opss..maafkan saya!Teremosi kejap..ehehe..

8. Tak Ingat Mati Tak Bersedia Untuk Mati - kadang kita hidup macam nak menongkat langit,macam kita nie nak hidup selamanya aja lagaknya kan..solat,mengaji langsung kita tak jaga..ingat-ingat lah oiii..mati itu pasti!

9. Tak Sabar,Cepat Melenting Dan Marah - bab nie lemah,macam kena batang hidung sendiri nie..bukan lah bangga nak bagi tau orang kita nie tak sabar tapi payah betul nak menahan sabar..tapi tak apalah marilah kita belajar bersabar ya selepas nie..huhuhu..

10. Susah Nak Senyum - ada jugak jenis memang susah nak senyum,tak tau apa masalah depa..senyum eh lepas nie..senyum itu sedekah!

Jom kita perbaiki diri kita agar hindarkan dari berbuat perkara di atas..Semoga kita sentiasa istiqomah dalam ibadat kita dan semoga Allah meluaskan dan memberkati rezeki kita..aamiin ya rabb..

Anda Juga Mungkin Meminati

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.