Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum semua,masak apa hari nie..Kadang memang tak ada idea kan nak masak apa dah untuk keluarga.Kak Sue kalau tanya Abang Man,jawapannya mesti ikutlah apa nak masak janji simple-simple sudah.Kadang tanya anak-anak juga,tambah bulan puasa selalu tanya anak-anak apa nak makan hari nie.Kalau yang Ibu tak biasa masak,lelaju lah Ibu google resepi.Hari nie Adik minta suruh masakkan Siakap Tiga Rasa.Rasa macam pernah masak,tapi Kak Sue rujuk juga resepi kat blog lain untuk kali ini..Jom kita tengok resepinya..

Siakap Tiga Rasa
Resepi Asal : Azie Kitchen

Bahan2nya:
1 ekor ikan siakap - (boleh goreng atau kukus)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus
5 ulas bawang merah - Kak Sue guna sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut - Kak Sue letak lebih dan koyak2kan aja
4-5 biji cili padi - Kak Sue letih lebih

Bahan-bahan Sos
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - Kak Sue guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara2nya:
Sediakan kukusan.Jika kita nak kukus,lumurkan ikan dengan garam dan kunyit,biarkan 1o minit.Kemudian letakkan ikan dalam pinggan yang dilengser minyak dan air.Kalau untuk goreng pula,lumur garam dan kunyit kemudian goreng sehingga garing,ketepikan
Dalam kuali lain,panaskan minyak kemudian tumiskan bahan cincang selam seminit
Masukkan cili kisar dan biarkan cili masak sebelum masukkan bahan-bahan sos lain yang disatukan dalam mangkuk.kacau rata
Biarkan mendidih,masukkan pula bahan-bahan yang dihiris tadi,air kukusan ikan (kalau kukus) dan garam secukup rasa
Masak sehingga kuah pekat sedikit dan tuang atas ikan yang telah dikukus atau digoreng
Sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba,papai!

1 comment

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤