Pertama Kali Sambut Puasa Tanpa Adik

June 06, 2016

Assalamualaikum,hai semua..!Buat pertama kalinya Kak Sue sambut puasa tanpa Adik anak bongsu Kak Sue yang manja tu,ehehe...Sunyi betul rumah kalau Adik tak ada..Kalau Adik ada dia lah sebok tanya nak sahur apa,Adik akan baca niat puasa kuat-kuat sebelum tido..Bila sahur pun Adik akan mintak nak makan apa..
Sebenarnya semalam Kak Sue dan Abang Man singgah ke rumah mertua sebab ada urusan sikit di Tapah.Bila dah singgah tu,biasa la Adik,memang suka kalau balik rumah mbah sebab boleh main dengan sepupu-sepupu yang sebaya.Kawasan laman rumah mbah pun luas,puas lah nak main berlari sana sini.Mbah pun tak puas lagi katanya nak lepaskan rindu kat Adik sebab hari tu bermalam sehari aja,macam kat rumah tok juga.Biasa lah kalau cucu dan mbah atau tok,sayang dan rindu lebih..Adik pun teruja nak tinggal kat rumah mbah dua,tiga hari..jadi Adik sambut puasa dengan mbah lah tahun nie..
Kadang kita sebok dengan kerja dan tak cukup masa untuk luangkan masa dengan keluarga..hai apa nak jadilah ye..huhuhu.Maafkan kami Mak,Abah dan keluarga semua..Jadi untuk mengembirakan hati mak dan bapa kita sebolehnya kita penuhi lah permintaan yang kita mampu buat untuk mereka kan..Rindunya Ibu kat Adik..ehehe..Selamat berpuasa sayang..!


You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.