Mood Raya On..Jom Shopping!

June 17, 2016

Assalamualaikum semua,macam mana dengan persediaan sambutan raya korang..dah beli baju raya ke belum?Hari nie Kak Sue plan nak cari baju raya untuk kami sekeluarga,ingat nak pergi selepas berbuka aja.Tetiba Abang Man cakap,hari nie cuti niaga lah memandang hujan yang tak berhenti sejak dari tengahari tadi.Jadi hari nie Gerai Man Java dan Dapur Kak Sue cuti lah..ehehe.Kami keluar awal dan berbuka diluar hari nie..Adik lah orang yang paling teruja dan seronok sangat..maklum lah asyik sibuk berniaga dan kerja lain tak sempat nak bawa anak-anak keluar ke mana-mana...


Kami berbuka di Orchid Bistro,antara restoran kegemaran kami.Memang puashati menu dan layanan terbaik kat restoran tu tau.Selesai berbuka maka bermulah lah pencarian baju raya.






Alhamdullilah,semuanya selesai dengan jayanya,cuma Adik sangat teruja dengan Kapten Amerika dia tu,semuanya Adik nak ada Kapten Amerika dari kasut,slipper,baju,seluar kecik dan kalau boleh seluar pun nak yang sama..Abang Man pun layankan anak bongsu dia hari nie ikutkan apa yang Adik nak.Kasut dan slipper Adik,kami beli di kedai Bata aja,manakala baju dan seluar kami beli di Aeon Anggun Rawang.Tahun nie Kak Sue rasa macam tak banyak pilihan yang menarik..

Untuk Abang dan Kakak masing-masing dah meningkat remaja,mereka dah tak mahu ikut pilihan Ibu.Semua nak pilihan mereka sendiri,Kak Sue dan Abang Man pun tak kisah..asalkan menutup aurat dan harga berpatutan.Kami biarkan aja mereka pilih mana yang berkenan dua,tiga helai untuk persalinan raya.Selesai sudah bab baju raya anak-anak cuma nak tambah sikit-sikit aja lagi..Alhamdullilah rezeki untuk tahun nie..papai!

You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.