Masak Lemak Ikan Jenahak

Assalamualaikum semua,hari nie menu berbuka puasa Kak Sue hari yang kedua,masih lagi memasak kat rumah.Menunya ialah Masak Lemak Ikan Jenahak.Sebenarnya Abang Man suami Kak Sue simple saja orangnya dan tak banyak kerenah.Abang Man suka menu yang ringkas.Kalau telur goreng letak kicap pun okay dah,memang salah satu lauk feveret Abang Man.Cumanya kadang kita rasa nak makan lauk yang berkuah kan.janji mesti pedas..Jom kita tengok bahan dan cara kita menyediakan menu yang ringkas dan mudah nie ya..ehehe

Masak Lemak Ikan

Bahan2nya:
4 ketul ikan jenahak
2 cawan santan
1 biji bawang besar *dikisar
3 biji bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
1 inci belacan *dikisar
14 biji cili padi *dikisar
2 batang serai *diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 asam keping
1 kiub ikan bilis Knorr
2 biji tomato *dibelah empat
garam secukup rasa

Cara2nya:
Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
Masukkan santan dan serbuk kunyit dan kacau sehingga mendidih
Masukkan serai,asam keping dan kiub ikan bilis Knorr
Kemudian masukkan ikan,biar mendidih sebentar sehingga ikan masak
Akhir sekali masukkan tomato,tutup api
Dah siap,boleh lah dihidangkan panas-panas

Macam biasa resepi Kak Sue mudah dan ringkas,selamat mencuba ya..Papai!



No comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤