Kelapa Laut & Kedondong Asam Boi MAN JAVA ~ Delivery Order

Assalamualaikum semua,tahun nie memang tak sempat nak update order Kelapa Laut MAN JAVA kat sini.Alhamdullilah rezeki tahun nie setiap hari ada aja order yang nak disiapkan dan perlu di hantar ke lokasi masing-masing.Kak Sue pun kadang-kadang tak sempat nak temankan Abang Man,sibuk dengan urusan rumah dan perlu ada di rumah untuk customer yang datang pick up order.
Kali nie Kak Sue berkesempatan ikut Abang Man delivery order ke Melaka.Untuk pengetahuan semua peniaga sekarang kami ada membuat delivery Kedondong Asam Boi melalui bas,tapi hendaklah sentiasa menyimpan sejuk.Kedondong Asam boi nie bukan pati atau kordial ia adalah jus buah tanpa bahan pengawet.Jadi korang semua kena pastikan sentiasa simpan sejuk.Setakat nie belum ada masalah,kalau ada masalah pun mungkin atas kecuaian tak simpan sejuk!Harap korang dapat ikut arahan cara menyimpan Jus Kedondong Asam Boi tu ya agar dapat kita atasi masalah kerugian apabila barang rosak.Terima kasih untuk semua peniaga dan pelanggan kami!Rezeki sama dikongsi..

Post a Comment

0 Comments