Asam Pedas Batu Kurau Kegemaran Kami

June 14, 2016

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue masak Asam Pedas Batu Kurau yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.Asam Pedas nie Kak Sue dan keluarga Kak Sue yang lain masak secara rebus sahaja.Kuah agak cair macam masak pindang kalau nak dibandingkan dengan Asam Pedas Johor kuah pekat sikit kan..Cuma semalam Kak Sue saja tumis dulu,kemudian baru masak macam biasa.Rasanya lebih kurang aja kut resepi..

asam pedas batu kurau
Asam Pedas Batu Kurau
Kadang kalau tak ada selera makan atau cuaca panas sangat memang sesuai tau masak menu macam nie,silap-silap bertambah pula makan nasi nanti.Kak Sue suka letak bunga kantan dan kacang bendi banyak-banyak,nanti boleh buat ratah-ratah macam tu aja..ehehe..Kadang rasanya kalau mood rajin memasak datang,setiap minggu Kak Sue masak menu asam pedas nie.Tengok anak-anak makan bertambah memang seronok,hilang segala keletihan..

Resepi Asam Pedas Batu Kurau nie Kak Sue pernah kongsi dah kat sini,nanti korang search aja kat label lauk pauk ya..mana tahu kut nak cuba resepinya.Lagi pun resepinya memang mudah sangat,main campak-campak dan rebus aja.Selamat mencuba ya nanti..papai!

You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.