U-Cafe Wangsa Walk ~ Pilihan Untuk Kejutan Harijadi

May 30, 2016

Assalamualaikum semua,Kak Sue nak kongsi ngan korang cafe yang Kak Sue buat birthday suprise untuk Abang Man tempohari.Sebenarnya Kak Sue planning nak ke cafe lain,tukar last minit sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan..Google punya google rasa U-Cafe yang terletak di Wangsa Walk yang menarik perhatian Kak Sue dari segi menu dan tempatnya..


Kak Sue sampai dah agak lewat,tapi masih sempat lah nak buat order.Pelanggan pun agak ramai hari nie,Kak Sue pilih lepak bahagian atas.Deko kat cafe nie memang menarik dan santai.Cuma mungkin orang agak ramai,dengan masa yang lewat mereka dah nak tutup order sebab Kak Sue diberitahu akan tutup order pada 9.45pm.Order yang Kak Sue buat salah dua kali,cuma rasa terubat hati cara staff menangani masalah ketika itu buat Kak Sue tak jadi nak marohhhh!ehehehe..maklum lah birthday suami kan,kita nak semua cun!Dah la yang salah order tu birthday boy punya order..eh boy ke lagi..hahaha..sib baik lah beliau tak kisah seperti selalu..





Sebelum order sampai sempat bergambar lagi,ehehe..Cafe nie ada dua bahagian,atas dan bawah.Bahagian atas ada dua section satu kat dalam,satu kat luar.Kak Sue lepak bahagian luar sambil berbual dan makan boleh hirup udara segar kat luar..ecehh..ahahaha..

Menu kat sini ada pelbagai pilihan dan menu-menunya memang sedap.Korang boleh pilih samada nak makan melayu atau westren food..Jom kita tengok apa yang kami order..


Nasi Goreng untuk birthday boy


Grilled Salmon & Chicken Salad untuk Kak Sue


Spaghetti Alio Olio With Seafood untuk Kakak


Charbroiled Rib Eye untuk Abang


Spring Chicken In French Style untuk Adik


Tempura Shrimp saja order extra..ehehe

Kak Sue puashati dengan layanan dan makanan kat sini,staff ramah dan makanan pun sedap.Suasana cafe santai,tak crowded sangat.Kalau kita nak lepak sembang-sembang dengan family pun sesuai.Pada korang yang datang kat sini bolehlah ke Wangsa Walk,Wangsa Maju.Kalau dari parking pun memang dah boleh nampak U-Cafe nie.Kak Sue sertakan sekali alamat cafe kat sini,jangan lupa singgah sini tau!Papai..!

U - Cafe Wangsa Maju
GL_06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur


You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.