Garage 51 Bandar Sunway Cafe Hipster Terbaik

May 27, 2016

Assalmualaikum,hai semua!Kak Sue berkesempatan ke Garage 51 yang terletak di Bandar Sunway hari nie lepak-lepak dan makan bersama geng KBBA.Kak Sue suka dengan deko kafe nie yang lain dari lain,macam yang tengah hot sekarang kafe hipster katanya..menarik sangat!Kalau ada rezeki satu hari nak kafe macam nie jugak..eceh wahhh..ehehehe..Kalu korang tercari-cari mana nak lepak dan makan Kak Sue syorkan korang singgah Garage 51 Bandar Sunway nie memang best sangat..


Garage 51 bandar sunway cafe hipster terbaik
Garage 51 Cafe Hipster Terbaik

Garage 51 Bandar Sunway Cafe Hipster Terbaik

Ada tiga bahagian kat kafe nie iaitu bahagian atas,bahagian dalam dan luar.Korang boleh pilih nak lepak mana.Bahagian dalam tu kita boleh pilih nak lepak bahgian atas tau bawah.Bahagian luar pula sesuai untuk smooking area..lain kali datang sini nak lepak kat bahagian luar pulak,macam best lepak kat luar..Lagi pun kalau pergi makan atau lepak dengan keluarga Abang Man memang suka pilih duduk bahagian luar


Garage 51 bandar sunway cafe hipster terbaik
Garege 51 bahagian dalam terbagai pada dua bahagian bawah dan atas
Garage 51 bandar sunway cafe hipster terbaik
Garage 51 bahagian pintu masuk, menarik kan..
Garage 51 bandar sunway cafe hipster terbaik
Garage 51 pilihan minuman yang lain dari yang lain

Menu Menarik di Garage 51

Jom kita tengok menu kat sini pula.Menu dan nama menu yang disediakan kat sini memang sangat unik dan menarik sesuai dengan gaya hipster yang ditekankan.Antaranya The Father (Chocolate with Peanut Butter),The Son (Nutella with Hins of Hazelnut Awesomeness),The Cousin (Salted Caramel with Brownies) dan The Nephew (Cookies n Cream - Baru) dengan harga RM18.90 setiap satu.Semua memang sedap belaka.Kak Sue juga berkesempatan mencuba tiga menu baru khas bersempena bulan Ramadhan yang akan menjelma tak lama saja lagi..

Garage 51 bandar sunway cafe hipster terbaik
Garage 51 menu pilihan menarik

Garae 51 Menu sempena Ramadhan - Bandung Cendul Karipap
Menu bersempena Ramadhan Bandung Cendol dengan Karipap ..kat atas air nie ada karipap dan disertakan dengan buah kurma kat tepi.Memang sesuai untuk order berbuka puasa nanti kan.Rasa pun tak manis sangat dengan harga RM18.90

Garage 51 - Nasi Goreng dengan Kebab Percik
Nasi Goreng Serunding dengan Kebab Percik pada mereka yang gemar dengan nasi goreng boleh cuba menu nie,memang sedap dan lain dari yang lain..ada kebab lagi dengan harga RM20.00


Garage 51 bandar sunway cafe hipster terbaik
Garage 51 - Spagetti Serunding dengan Kebab Percik
Spaghetti Serunding dengan Kebab Percik campuran serunding dan kebab ayam dalam spaghetti sedap dan rasa lain dari spaghetti yang pernah Kak Sue cuba sebelum nie dengan harga RM20.00

Selain menu bersempena Ramadhan,Kak Sue cuba juga menu yang lain kat sini.Banyak pilihan dan boleh kata semua menu kat sini semua sedap-sedap dan amat berpuashati.Kak Sue kongsikan kat sini ya,nanti korang datang boleh lah cuba yang mana menepati selera korang..


Garage 51 bandar sunway cafe hipster terbaik
Garage 51 - Penne Basil Spinach Pesto dengan Grilled Chicken
Penne Basil-Spinach Pesto dengan Grilled Chicken rasa aroma herba yang kuat,untuk lebih sedap korang makan bersama ayam yang digrillkan dengan harga RM16.00

Garage 51 bandar sunway cafe hipster terbaik
Garage 51 - Chicken Parmagiana dengan Mashed Potato dan Salad
Chicken Parmagiana dengan Mashed Potato dan Salad ayam goreng ranggup di luar dan lembut di dalam,dimakan bersama kentang putar.Sedapppp..!Harga RM18.00

Garage 51 bandar sunway cafe hipster terbaik
Garage 51 - Grill Salmon Spagetti dengan Lemon Cream
Grill Salmon Spaghetti dengan Lemon Cream menu yang paling Kak Sue suka tambah pula ada salmon yang digrill memang feveret Kak Sue.Sedap tau,lain kali kalau datang sini lagi pasti order menu nie lagi.Harga RM24.00

Garage 51 - Chicken Mango Salad dengan Wholegrain Mustard
Chicken Mango Salad dengan Wholegrain Mustard pun Kak Sue suka,sebab Kak Sue peminat sayur dan salad.Antara menu yang Kak Sue cadangkan kat korang bila datang sini memang sedap dan terbaik!Harga RM12.00

Pada Kak Sue Garage 51 adalah tempat yang sesuai untuk kita lepak santai,dengan suasana yang tenang dan selesa.Semua makanan dan minuman sedap-sedap belaka dengan layanan mesra dan ramah dari staff kat sini.Memang terbaik,Kak Sue pasti datang lagi..Jangan lupa singgah sini tau!


Garage 51 Bandar Sunway

Facebook

Instagram

Alamat
51, Jalan PJS 11/9,Bandar Sunway
47500 Petaling Jaya
Selangor

No Telefon
03 56125618

Waktu Operasi
Isnin - Ahad (11 pagi - 11 malam)

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Nak makan yg mne satu byk sgt.. x reti dh nk pilih

    ReplyDelete
  2. Adoi sedapnya the father n the son tu!

    ReplyDelete
  3. Spaghetti Salmon tu sgt menyelerakan 😋

    ReplyDelete
  4. sdapnya..bnyak pilihan..:)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.