Buffet Ramadhan 2016 - Restoran Istana Bambu

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue mendapat jemputan dari Restoran Istana Bambu  untuk pelancaran buffet ramadhan kat sana.Seperti...


Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue mendapat jemputan dari Restoran Istana Bambu untuk pelancaran buffet ramadhan kat sana.Seperti setiap tahun Restoran Istana Bambu tema "Indahnya Ramadhan" bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..

Apa yang menarik minat Kak Sue di Restoran Istana Bambu nie kan,keunikan dekorasi restoran tradisi kampong bambu,boleh duduk di meja atau bersila di gazebo.Restoran ini juga boleh memuatkan sehingga 600 tetamu pada satu-satu masa serta menyediakan lebih 70 jenis menu berbuka puasa dengan banyaran yang amat berpatutan.
Kambing Golek antara menu istimewa
Ikan Patin Masak Tempoyak
TomYam Campur
Butter Prawn
Lala Bercili
Kerabu Mangga


Restoran Istana Bamboo menyediakan pelbagai masakan ala kampung hingga ke masakan Cina,Thai dan Arab.Antara menu istimewa adalah kambing golek,ayam bakar sunda,patin tempoyak,asam pedas istimewa,masak lemak daging salai serta pelbagai masakan laut resepi Istana Bambu yang sentiasa mendapat sambutan dan kegemaran utama pengunjung.Terdapat juga berbagai pilihan kuih muih tradisional yang pasti membuka selera semua.. 
Pilihan kuih muih tradisional Kuih talam dan Kuih Lapis

Kuih Puteri Ayu dan Bingka Ubi

Sepanjang bulan Ramadhan nanti,Restoran Istana Bambu akan dibuka dari 6 petang sehingga 10 malam.Tempahan telah mula dibuka dan tempahan awal dialu-alukan,serta dibuka untuk organisasi korporat,individu dan berkumpulan.Tempahan untuk Rumah Terbuka Aidilfitrijuga telah mula dibuka sekarang.Selain dari itu Majlis Resepsi Perkahwinan,Jamuan Korporat,Majlis Hari jadi dan sebagainya dibuka sepanjang masa.Ada juga disediakan surau yang selesa dan parking  yang luas disekeliling restoran untuk kemudahan pelanggan...

Restoran Istana Bambu

Harga Buffet dewasa - RM55.60
Harga Buffet Kanak-kanak - RM28.35
Kanak-kanak umur 4 tahun kebawah percuma

Alamat
Lot 841-842,MRR2,Jalan Ampang Ulu Kelang
68000 Ampang,Selangor

Email
aida@istanabambu.com.my
info@istanabambu.com.my

Website
www.istanabambu.com

Facebook
Istana Bambu Restaurant

No Telefon
012 - 2497142
03 - 42524718


You Might Also Like

2 ulasan

  1. Mmmm.... Nina paling suka kerabu mangga dia. Sedapnya!

    ReplyDelete
  2. sedap dan murah ni kak

    http://www.azlindaalin.com/

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.