Restoran Ayam Penyet AP | Menu Ringkas Tapi Sedap !

April 26, 2016

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak kongsikan kat sini Restoran Ayam Penyet Ap yang terletak di Aeon Anggun Rawang.Selalu Kak Sue kalau ke sini,lalu lalang aja belum ada niat nak singgah,jeling-jeling dulu,ehehe..Hari nie tergerak hati nak singgah sebab nak cari nasi,Abang Man pun kata nak cuba menu kat sini pula hari nie..


Kak Sue memang suka dengan deko tradisioanal macam Restoran Ayam Penyet nie,nampak menarik sangat dan sedap mata memandang.Rasa ala-ala kampung gitu..


Menu kat sini semuanya ada perkataan penyet,dah nama pun Restoran Ayam Penyet kan..


Cuaca panas macam nie Kak Sue order Lemon Ais,Abang Man dan Kakak tak ada air yang depa berkenan nak order jadi order mineral aja..ehehe..is jimat!


Ini set menu yang kami order tadi,ada tiga set menu semuanya untuk di makan dengan nasi putih.Untuk Kakak,kami order Nasi Goreng AP Special ..


Menu nie pilihan Kak Sue Udang Penyet  memang sedap dan garing udangnya,ada tauhu dan timun.Sambal pun sedap dan pedas lain dari yang lain..memang selera makan!


Yang ini Telur,Tempe dan Tauhu Penyet pilihan Abang Man,pun sedap jugak..feveret Abang Man dan Kakak lah tempe..dah nama pun Man Java kan..ehehe


Untuk sayur kami order Terong Penyet,tak ada pilihan sayur yang lain jadi kami order yang ini,kebetulan Kak Sue pun memang suka sayur terung..sedap cicah dengan sambal!Setiap hidangan mesti ada tauhu dan timun..

Kelainan yang ada dalam menu kat sini bagi Kak Sue adalah sambalnya.Memang kena dengan tekak kami sekeluarga sebab pedas,licin sambal tu kena colek dengan kami.Puas kalau dapat makan pedas gitu.Bagi korang yang nak cuba makan kat sini,Kak sue memang cadangkan singgah sini sedap dan berbaloi tau,memang puashati..!Jangan lupa singgah ya..papai!!

Restoran Ayam Penyet AP Rawang
No 1,Aeon Anggun Rawang Shopping Centre
Taman Anggun.48000
Rawang,Selangor.

You Might Also Like

1 ulasan

  1. salam nanti boleh la try, kat tganu baru nak bukak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.