ROTLLO Street Ice Cream di Lake Garden Taiping

February 29, 2016

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak kongsi sejenis ais krim yang lain dari yang lain.Ahad lepas kebetulan Kak Sue keluar sekejap ke bandar Taiping nak beli baju putih untuk Abang dan Adik.Lepas siap cari barang kami pusinng-pusing kat Lake Garden Taiping,saja cuci mata sambil tu Kak Sue ajak Abang Man belanja Ley Che Kang kat satu food court D'garden area Lake Garden Taiping


Sampai sana,tak ada la pulak ley Che Kang yang Kak Sue nak,jadi kami order aja air lain dan Laksa.Meriah jugak kali nie,semua stall yang kat tepi-tepi dah bukak lagi banyak pilihan makanan lah.Selesai makan Kak Sue terpandang satu sign board berdepan dengan tempat Kak Sue makan.Nampak ada adik nie macam buat sesuatu yang menarik perhatian Kak Sue...
Kak Sue pun singgah tengok apa yang menarik,ROTLOO Street Ice Cream.Pertama kali dengar dan melihat cara penyediaanya,menarik!Kat atas nie ada cara nak order dan harga ais krim tersebut

Memula kita kena pilih flavour dan pilihan buah yang kita nak,nanti Adik tu akan mix kan ais krim tu dengan buah fresh 


Next step gaul sekali semua campuran tadi kemudian di rata-ratakan atas bekas macam mangkuk besar yang dalam gambar nie..


Kemudian potong ais krim pulak,nampak macam senang aja adik tu buat,naik leka tengok..ehehe..

Dah siap potong,ais krim tu di gulung sehingga ke hujung sampai habis semua adunan,tak melekat pulak ye kat bawah bekas tu elok je mengikut ye..


Dah gulung ais krim tu sampai habis,kemudian kita boleh pilih untuk topping pulak,kali nie kami pilih nata de coco dan choc chips


Taraaaaa..siap dah!Menarik kan..ada coklat chip dan buah fresh lagi.Tak sabar nak rasa..


Adik dengan ROTLOO Street Ice Cream perasa vanila dan buah strawberry,topping Adik dan Abang pilih buah strawberry,natta de coco dan choc chip..sedap!Pada korang yang berminat nak rasa boleh singgah ke D'garden Lake Garden Taiping..papai!!

You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.