Balik Kampung Kenduri

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue sekeluarga nak balik kampung Abang Man.Esok ada nak buat kenduri doa selamat bersempena Adik ber...

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue sekeluarga nak balik kampung Abang Man.Esok ada nak buat kenduri doa selamat bersempena Adik berkhatan.Semoga semua berjalan lancar esok.Kak Sue dan Abang Man tempah catering aja,malas nak menyusahkan mak dan bapak mertua serta adik beradik yang lain maklum lah semua pakat dah tak berapa larat dah.Tahu aja kenduri kalau sikit-sikit pun,jenuh jugak nak siapkan macam-macam kerja.Kalau boleh tak mau lah susahkan sesapa kan..

Harap esok mak dan adik-adik Kak Sue pun dapat datang ke majlis doa selamat Adik.Kami buat ringkas aja,tapi rasa lebih meriah kalau kaum keluarga datang kan.Segala menu dah di tetapkan,samada lauk pauk dan kuih muih.Semua order aja,cuma ada sejenis lauk kami masak untuk stand by,begitu jugak dengan Bubur Sum Sum makanan tradisional orang jawa kami kacau adik beradik berjemaah..ehehe..Kak Sue memang suka sangat dengan bubur sum sum nie,nanti Kak Sue kongsikan resepi mak mertua Kak Sue ye.Jumpa lagi nanti,papai!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤