Cuti-Cuti Bukit Merah LakeTown Resort

December 22, 2015

Assalamualaikum semua,kali nie barulah Kak Sue berkesempatan nak bercuti di negeri dan tempat kelahiran sendiri, kat Taiping Bukit Merah LakeTown Resort.Selalu kalau kawan-kawan share pasal Bukit Merah Lake Town Resort nie Kak Sue memang tak tau nak cerita macam mana sebab tak pernah pergi pun walau dah dekat dengan Batu Kurau kampung Kak Sue..Akhirnya dapat juga datang sini kan..


cuti-cuti bukit merah lake town resort
Cuti-Cuti Bukit Merah Lake Town Resort

Cuti - Cuti di Bukit Merah Lake Town Resort


Kak Sue bertolak dari Langkap rumah mertua Kak Sue sebelah pagi, dan sampai Bukit Merah ngam-ngam tengahari.Sebelum tu Abang Man dah booking awal di Aparment Suria Servis jadi kami cuma ambil kunci dan terus berehat kat bilik menghilangkan letih kejap.Nak booking kat Bukit Merah Lake Town Resort penuh pula jadi terpaksa sewa apartment berdekatan kat situ.

Adik dah tak sabar dah nak mandi kolam, tapi tunggu kejap sebab nak makan tengahari dan berehat sambil tunggu adik dan Mak Kak Sue sampai.Dah dekat dengan rumah, alang-alang ajak mereka join sekali seronok sikit kan..


cuti-cuti bukit merah lake town resort


cuti-cuti bukit merah lake town resort

Apartment Suria yang Kak Sue lepak nie, bagi Kak Sue boleh tahan aje lah.Suasana tempat agak jauh ke belakang, kemudian berabuk macam tak berjaga.Cuma kelebihannya kolam yang agak luas.Nak makan pun kena keluar dari kawasan apartment tu, pun agak jauh jugak lah.Mulanya Kak Sue nak lepak dua hari tapi memandangkan keadaan apartment yang sedikit kurengggg tu, kami batalkan.Ambik sehari aja la..esok kami check out, tapi sebelum tu kasi can la anak-anak mandi- manda dengan sepuasnya...

Esoknya kami check out dan ambil keputusan nak sambung cuti kat pekan Taiping aja.Anak- anak pun belum puas lagi bercuti kan.Kalau kat pekan Taiping nak cari hotel yang ada kolem mandi rasanya tak banyak.Tapi dekat dengan pekan Taiping..senang nak cari makan atau beriadah di kawasan sekitar.Nanti Kak Sue sambung cerita lagi cuti-cuti Kak Sue kat pekan Taiping ya..jumpa lagi.Papai..!

Jom singgah sini Cuti - Cuti ke Taiping Bandar Warisan

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.