Mobile PhotoGrafi | Jom Kita Belajar Teknik Basic Edit Gambar

October 27, 2015

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue belajar benda baru dari kawan yang Kak Sue kenal kat facebook yang sama minat dengan Kak Sue,iaitu photography.Kak Sue sebenarnya memang suka ambik gambar,tak kira gambar apa pun kalau nampak menarik je lelaju Kak Sue snap,tetapi kebanyakan gambar yang Kak Sue ambik banyak gambar makanan je,dan ada la sikit gambar-gambar yang lain.Ambik gambar pun main bantai je,tak ada teknik yang tertentu pun..
Sebenarnya dah beberapa kali Kak Sue nampak kawan Kak Sue yang bernama Sufi nie post gambar yang cantik kat facebook,tapi Kak Sue ingatkan gambar tu di ambil dari camera DSLR atau camera yang mahal.Sekali hari nie Kak Sue terpandang lagi post beliau di news feed Kak Sue,dah menang tempat ketiga Mobile PhotoGrafi,baru Kak Sue tau yang selama nie Sufi ambik gambar guna handphone aje.Tahniah Sufi!Lelaju la Kak Sue tanya beliau..nanti Kak Sue kongsikan teknik basic edit gambar yang telah di ajarkan oleh Sufi kat bawah nie ye.Jom kita tengok sama-sama..

Step 1. Download dan istall aplikasi Snapseed
Step 2. Klik open aplikasi Snapseed
Step 3. Klik pada open photo
Step 4. Klik open photo,kemudian kita di minta memilih gambar yang nak di edit dari galery kita

Step 5. Klik pada icon pensil,kemudian akan view option untuk proses pengeditan.Tool dan Filter

Step 6. Pilih transform untuk adjust posisi gambar kita,kalau gambar senget ke apa boleh adjust kat sini ye

Step 7. Dalam tranform nie ada vertical,horizon dan rotation.Kemudian gerakkan screen ke atas atau bawah untuk setting dan kiri-kanan untuk adjust.Bila dah siap,kita boleh tanda tick seperti dalam gambar di atas

Step 8. Kemudian klik pada icon pensil tadi,kemudian pilih crop

Step 8.1 Kemudian klik pada bulatan hijau untuk pilihan seting ukuran

Step 8.2 Kemudian gerakkan kiri-kanan pada petak hijau tu uttuk memilih yang bersesuaian
Step 8.3 Manual crop,boleh pilih option free
Step 8.4 Bila dah siap,seperti di atas pilih tanda tick

Step 9. Seterusnya pilih ikon pensil,kemudian pilih tune image
Step 9.1 Tool pilihan nie untuk adjust kecerahan gambar
Step 9.2 Bila dah siap adjust semua,klik tand tick

Step 10. Bila dah siap,kita rasa puashati boleh tekan save,tapi kalau kita rasa masih tak puashati dengan gambar kita.Kita boleh klik pada bulatan kuning tu ye
Step 11. Dah siap edit semua,pastikan korang klik atas sekali last edition korang
Step 12. Dah siap,klik Close

Step 12. Pada setiap tool edit yang kita pilih,terdapat tanda (?) seperti dalam bulatan merah dalam  dan tanda pintu di buka dalam gambar di atas
        12.1 Tnada (?) adalah snapseed helper,kalau kita klik kat situ ia akan bagi panduan macam mana kita nak gunakan tool tersebut
     12.2 Tanda seperti pintu pula,adalah untuk bandingkan gambar asal dengan gambar yang telah kita edit tadi

Step 13. Korang juga boleh besarkan gambar bagi memudahkan kerja mengedit gambar korang tu.Cuma drag atau zoom kepada gambar aje

Ha,dah siap pun edit gambar nie.harap dapat membantu la cara nak edit gambar mengunakan handphone nie ye.Kak Sue pun masih belajar lagi.Nanti ada teknik yang lain Kak Sue kongsikan kat sini lagi.Semoga bermafaat untuk korang ye..Papai!!


You Might Also Like

11 ulasan

  1. Sebelum ni ada jugak nmpak org ckp guna snapseed tapi tak terlintas pulak nak install. thanks kak sue !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesame Ain..akak nie baru tau pasal snapseed.. :)

      Delete
  2. Wah nnt makin cantik laa gambar kak sue ya..aritu lya ada install tapi dah buang sbb tak penah guna apps ni hehehe..molek gak ni belajar edit gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehehe..Lya,Kak Sue baru nak belajar nie..jom kita belajar sesama ye :)

      Delete
  3. Best apps ni.leh donload..saya pun suka amik gmbr..n slalu gne phone jee...

    ReplyDelete
  4. Asalam done follow ya..menarik blog ini

    ReplyDelete
  5. Thankz akak sue atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. byk org guna snapseed tu..
    baru tau pe benda tu.. hihihi

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    ReplyDelete
  7. lissa terus install.. hehe memang cari apps edit gambar yang macam ni.
    nice share kak :D

    ReplyDelete
  8. Dah lama guna apps ni... hehehe

    ReplyDelete
  9. Kak sue...juju pun selalu guna apps ni kak...mmg terbaik lagi kita tak ada kamera besor tu...pakai hp pun canggih dah sekarang ada apps

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.