Jom Belajar Apa Itu POI

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak bercerita berkenaan dengan photography lagi.Maklum lah semenjak dua menjak dok belajar pasal mobile photography nie kemain semangat gitu Kak Sue.Apa itu POI?Ia adalah singkatan dari perkataan Point Of Interest yang bermaksud subjek yang kita nak tonjolkan dalam gambar yang kita ambik.

Apa tujuan gambar yang kita ambik tu dan apa yang kita nak tunjukkan.Jadi masa kita nak edit gambar tu,kita fokus pada subjek yang kita nak tonjolkan itu.Untuk cantikkan gambar sebenarnya adalah dari mula kita ambik gambar lagi,edit tu cuma penambah rasa aje bak kata SueHana..

Nanti Kak Sue tunjuk contoh gambar yang di kongsi oleh seorang lagi kawan Kak Sue yang rasanya dah berjaya dalam bidang photography nie,SueHana Lee.Beliau merupakan photog pada company Itsbabies,dan kalau ada antara korang yang berminat dengan perkhidmatan beliau boleh la hubungi beliau kat sini SueHana Lee untuk sebarang majlis dan Kak Sue gerenti korang akan berpuashati dengan perkhimatan beliau.Jom kita tengok contoh gambar yang Kak Sue cakapkan tadi

Ini gambar sebelum edit

Ini gambar selepas edit menggunakan Snapseed,tapi tak banyak edit pun cuma gelapkan back ground untuk serlahkan subjek.Memula kita Crop,kemudian Tune Image, Len Blurs, Vignette dan last sekali Sharpening.Cantik kan gambar nie,kredit to SeuHana,gambar nie SueHana share dengan Kak Sue sebagai penerangan dan contoh cara edit gambar untuk tonjolkan subjek dalam gambar.Terima Kasih Sue luangkan masa untuk Kak Sue,harap bermafaat juga untuk korang.Selamat mencuba,Papai!


Post a Comment

0 Comments