Aktiviti SkateBoard di Extream Park,Shah Alam

October 23, 2015

Assalamualaikum,selamat petang semua.Semalam sambil Kak Sue temankan Abang Man hantar order Kelapa Laut,Kak Sue ajak semua anak-anak Kak Sue ikut sekali.Kesian pulak tengok asyik memerap dalam rumah aje.Asyik-asyik tengok TV,main PSP pastu tidur,sampai naik boring dah kata anak-anak.

Selesai buat penghantaran Kelapa Laut kami pun singgah di Extream Park Shah Alam,tempat permainan sukan lasak berhampiran Stadium Shah Alam.Ramai juga petang semalam dan ada berbagai lapisan umur dan jantina,wah gitu..ehehe.Ada anak-anak kecil dan dewasa,perempuan pun ada main skateboard,hebat betul..!Anak-anak Kak Sue pun apalagi,dah tak sabar-sabar dah nak ber skateboard,tapi Kak Sue suruh main jauh sikit dari mereka yang lain.Nampak yang lain tu macam dah pro,kang terlanggar pulak satu hal pulak kan

Peace Yo!Adik dah tak sabar nak skate,tapi sebab lama dah tak main jadi takut-takut nak lompat,nak buat skill yang biasa depa buat.Tak apa lah nak,nanti dah habis jerebu kita datang lagi ye..Kita belajar dengan abang-abang yang dah pro kat situ ye..

Akhirnya Adik memberanikan diri,kemahin lepas tu betul-betul lepas gian asyik terkurung je dalam rumah.Berpeluh-peluh dah anak Ibu nie..

Haaa..dah sampai ke sana dalam dia kata takut nak skate tadi.Sini memang luas dan sesuai untuk skate.Selain skate ada beberapa lagi tempat untuk sukan lasak nie.Kak Sue dah datang beberapa kali,cuma perasan wall climbing tu je..ehehe..Nanti kalau lapar atau dahaga ada restoran makanan ringan berhampiran..

Ini Abang Tihie anak nombor dua Kak Sue,kalau Abang nie,memang tak kenal erti takut!Kalau tak,tak ada la kaki dia berbirat la,luka sana,koyak sini.Memang minat dengan sukan lasak,kat sekolah pun pernah mewakili kawad kaki.Sekarang tengah training pemilihan sukan untuk kelab bola yang Abang join.Hari-hari training muka pun dah terbakar..

Abang nie susah betul kalau nak ajak bergambar,candid je gambar dia.Berpeluh jugak la anak-anak Ibu semalam.Seronok dapat lepaskan gian ber skateboard,lama sangat dah depa tak dapat main kat luar macam nie.Balik singgah makan malam di restoran fast food kat situ.Surau pun dekat je,jadi tak risau la anak bersukan sampai tak ingat nak solat kan.Ibu doakan anak-anak Ibu berjaya dengan apa yang di impikan dan teruskan dengan sukan yang di minati,Sayang anak-anak Ibu..


You Might Also Like

4 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.