Kuah Kacang Mak

August 16, 2015

Assalamualaikum semua,hari nie nak share resepi dari Mak Kak Sue.Resepi kuah kacang mak yang Mak buat untuk jamuan raya kat rumah Kak Sue semalam.Resepi Mak mudah dan agak cepat,sukatan pun main agak-agak je sebenarnya.Macam serai tu kalau suka tambah la bahan nya kan,agak-agak pada selera kita.Resepi Mak nie jugak tak payah nak tumis bagai,cuma campurkan semua,lepas tu biarkan bahan masakan tu masak dan keluarkan minyak dari santan.Pada yang cari resepi yang mudah boleh la cuba resepi Mak Kak Sue nie ye..Jommmm..

Kuah Kacang Mak
Bahan2:
1 kg Kacang tanah~ di kisar halus
4 biji Bawang besar
1 biji Bawang putih
3 biji Buah keras
2 inci Lengkuas
1 Batang serai~ di titik
1 Mangkuk kecil cili kering
Sedikit santan~agak-agak je mak kata
Garam dan gula secukup rasa
Cara2nya:
Kisar bawang merah,putih dan lengkuas hingga hancur
Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali dan masak dengan api perlahan.Biarkan bahan masakan itu masak sehingga mngeluarkan minyak dan sebati
Kemudia bila dah hampir masak,boleh la masukkan garam dan gula secukup rasa
Dah siap dah,mudah je resepi Mak nie kan,Selamat Mencuba..

You Might Also Like

8 ulasan

  1. sedapnye kak sue...tenkiu resepi ni kak sue.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahamdullilah sedap Zati..cuba la ye resepi mak simple je.. :)

      Delete
  2. Suka sangat makan kuah kacang dengan sate yummy!

    ReplyDelete
  3. haritu rya pun baru belajar kuah kacang mak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. org tua punya resepi dan air tangan mmg sedap kan nad .. :)

      Delete
    2. org tua punya resepi dan air tangan mmg sedap kan nad .. :)

      Delete
    3. org tua punya resepi dan air tangan mmg sedap kan nad .. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.