Sambutan Raya Keluarga Besar Che Wa Aziz 2015

Assalamualaikum semua,apa khabar kawan-kawan semua..masih dalam mood beraya lagi ke?Hari nie Kak Sue nak kongsikan aktiviti Sambutan raya Keluarga Besar Che Wa Aziz generation pada hari raya kedua tempohari.Majlis perjumpaan keluarga Che Wa Aziz bagi semua keluarga di adakan di rumah Opah Kak Sue bertempat di Kampung Paya,Batu Kurau berjalan dengan penuh jaya dan sesi beramah mesra antara keluarga semua.

Antara objektif perjumpaan ini adalah untuk mengumpul semua anak cucu Che Wa Aziz untuk majlis kesyukuran dan tahlil untuk arwah ahli keluarga yang telah meninggal dunia.Kemudian di teruskan dengan aktiviti-aktiviti yang telah di susun oleh AJK majlis. Cuma sayang nya Kak Sue tak berkesempatan untuk menghadirkan diri dalam majlis tu kerana masih beraya di rumah mertua Kak Sue..huhuhu.






Harap tahun depan dapatlah Kak Sue menghadirkan diri dalam majlis keluarga nie.Rasanya majlis pada hari itu boleh di katakan hampir berjaya walaupun mengikut kata sepupu Kak Sue masih ada yang terkurang di sana sini.Harap di masa akan datang dapat menambah baik lagi dari semua segi kan.Walau bagaimana pun ia dapat menyatukan semua keluarga Che Wa Aziz walaupun masing-masing tinggal di serata negeri.Semoga semua keluarga Che Wa Aziz akan sentiasa bersatu dan sepakat serta sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah..aamiinYa rab!!

Post a Comment

6 Comments

  1. Lawa2 pic yg diambil, meriah je nampak. Selamat Hari Raya buat sis shuhaida sekeluarga ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..pic tu sepupu yang ambil,Selamat Hari Raya juga untuk awak ye.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. tu lah nad,tu pun ada lagi yang tak ada hari tu..

      Delete
  3. seronoknya kumpul ramai² camni.. meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah Mas..nie keluarga besar sebelah abah Kak sue..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️