Raya Bersama Abah Tersayang

Assalamualaikum,raya tahun nie Kak Sue lewat sikit ke rumah Abah tersayang,sebab beraya di kampung mertua dulu.Anak-anak Kak Sue teruja sangat nak sertai baraan di kampung mbah (atok/nenek) depa,jadi raya ketiga baru lah balik ke kampung Kak Sue di Batu Kurau..kasi can lah kan,bukan selalu pun.Rumah Abah belakang Taman Tasik Taiping tu je,sambil nak kerumah Abah tu nampak ramai jugak orang dok melepak kat situ,meriahhh!!Ada yang bergambar,berkelah dan bersiar-siar kat situ bersama keluarga dan kawan-kawan.

Sempat bergambar kenangan dengan Abah dan makcik,nasib baik Abah sporting hari nie..hihihi..sayang Abah,bukan senang nak bergambar ngan Abah nie tau.

Abah bersama menantu dan cucu lelaki,tengok Abah beraya sempoi ja berkain pelikat lagi..rare gitu..hahahaha..Jangan marah Abah..

Bila time hari raya Kak Sue kena bagi masa nak ziarah rumah mak,abah,adik-adik,opah dan sedara mara Kak Sue,jadi kalau sehari tu memang tak sempat lah kan.Hari nie Kak Sue sempat beraya tiga buah rumah yang memang wajib pergi setiap kali bila tiba hari raya,iaitu rumah Abah,Opah dan Cik Are makcik Kak Sue yang paling rapat dengan keluarga kami.Semoga bertemu lagi di raya tahun depan,umur panjang InsyaAllah tahun depan jumpa lagi..

Post a Comment

0 Comments