Cuti-Cuti ke Melaka 2014 | #throwback Cuti Sekolah

Assalamualikum,kali ini Kak Sue nak bercerita percutian Kak Sue dan family ke negeri bersejarah iaitu Melaka.Percutian pada musim cuti persekolahan ini memang telah di rancang oleh Kak Sue dan family kerana setiap tahun bila tiba cuti persekolahan Abang Man akan bawak kami sekeluarga bercuti kemana-mana.Kami bertolak agak lewat petang,dan sampai di Melaka hampir malam dah.Sampai sana perut pun dah lapar,jadi kami pun cari tempat makan yang best kat sana.Mulanya nak ke Medan Ikan Bakar Umbai tapi di sebabkan agak sesak dengan tetamu lain,Kak Sue bergerak ke Restoran Muara Sg. Duyung,syok jugak.Murah,cepat dan sedap..ehehe..

Sesudah selesai menikmati makan malam kami bergerak mencari tempat penginapan untuk kami menginap untuk beberapa hari kat sini.Pusing punya pusing tang tu jugak,is sesat macam kat Penang sebab jalan banyak sehala dan kita tak biasa dengan jalan kat situ.Badan pun dah letih,mata pun dah mengantuk,kami ambil keputusan menginap di Bayview Hotel saja,janji ada pool untuk anak-anak Kak Sue.

Selepas bersarapan esoknya,anak-anak Kak Sue pun apa lagi,sakan la berendam dan mandi manda kat pool.Ada dua pool kat sini,satu kolam biasa,ada untuk kanak-kanak dan dewasa.Satu lagi ada kolam ala jakuzi gitu nak rendam-rendam kaki ke,rehatkan badan ke..semua boleyy..


Dah puas anak-anak Kak Sue mandi,kami pun bersiap dan keluar bersiar sekitar Bandaraya Melaka.Sebenarnya banyak tempat menarik yang ada kat Melaka nie,tapi Kak Sue tak sempat nak pergi beberapa tempat.Kat sini jalan banyak sehala,lepas tu konon dekat je semua tempat tu menurut kata orang sini,jadi Kak Sue sekeluarga berjalan kaki je lah,sekali sesat la pulak.Antara tempat yang Kak Sue sempat pergi ialah Kota Lama Melaka .


Kak sue juga berkesempatan ke Muzium Maritim (Flora De Lamar),salah satu lagi tempat menjadi tumpuan pelancong ialah muzium kapal layar.Memang menarik dan unik sangat muzium nie..
Ini kami di Upside Down House..menarik sangat,ada lima ruangan terbalik yang boleh kita tengok kat sini.Living Room,Dining Room,Children Bedroom,Bedroom,Bathroom n Kitchen.Mula-mula kekok jugak nak ambik gambar,tapi jangan risau ada pembantu kat situ yang akan bantu kita ambik gambar cara yang betul..nahhh tengok la aksi-aksi kami..ehehehe..


 
Ini pula di Kota A Famosa iaitu ikon utama bagi tempat pelancongan di Melaka dan terletak berdekatan dengan Muzium Istana Melaka.



Ini di Menara Taming Sari di Bandar Hilir boleh tengok Bandaraya Melaka dari atas..idak le hakakkkk..is gayattt!!!hahahaha...
Sungai Melaka salah satu aktiviti kalau bercuti ke Melaka ialah menaiki River Cruise di sungai sekitar Melaka,tapi Kak Sue pun tak naik orang ramai dengan fobia Kak Sue ngan air sungai..jadi tengok aje le dari jauh..
Kak Sue juga tak lepaskan peluang bersiar-siar Bandaraya Melaka dengan menaiki beca..seronok jugak ye..ada macam-macam gaya mereka hias beca nie tau..menarik sangat!!


Lepas tu jalan-jalan ke Jonker Walk,memang banyak kedai-kedai yang best dan menarik kat sini.Sebaiknya pergi last day percutian sebab kat sini ada jual cenderahati seperti baju,keychain,fridge magnet dan macam-macam lagi..boleh la kita beli untuk kenang-kenagan.
Sempat juga singgah ke Makam Hang Tuah pahlawan Melaka..
Tak lupa juga kami sempat lah menikmati Coconut Shake Pantai Klebang,nampak panjang juga orang beratur dan kedai kat dalam pun penuh..
Akhir sekali sebelum kami berangkat pulang sempat la kami menyinggah ke Pantai Klebang.Seronok juga percutian kali nie walaupun tak sempat nak melawat semua tempat.Jumpa lagi di percutian Kak Sue bersama keluarga di entry yang lain...Papai!!!

Post a Comment

2 Comments

  1. syoknyerr kolam tu.. pegi mana2 pun kolam laa yg duk teringin sekali nak cuba... haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️