Masak Lemak Nangka Ceker

June 04, 2015


Assalamualaikum semua,busy betul Kak Sue hari nie melayan tetamu yang datang dari jauh.Pepagi dah keluar ke pasar mencari bahan yang nak di masak untuk makan tengahari hari ini.Hari nie Kak Sue masak Gulai Lemak Nangka Ceker yang Kak Sue campurkan sekali dengan ceker.Tau tak ceker tu apa korang?Dalam bahasa jawa ceker tu kaki ayam..ehehee..Sedap bila ratah rasa kenyal-kenyal je.Dulu masa anak dara hakak tak makan hokay,udah kawin nie pulak terjebak makan kaki ayam,sedappp owww!!Okay lah jom kita tengok resepinya ye..

Gulai Lemak Nangka
Bahan2nya:
2 peket Nangka muda
1 mangkuk Kaki ayam (agak2 la ye nak banyak mana)
1 1/2 biji Bawang besar *
4 biji Bawang putih *
1 inci Halia *
1 inci Kunyit *
12 biji Cili padi *
1 biji Kelapa parut (yang di ambil santannya)
1 batang Serai (di ketuk)
1 sudu Serbuk ketumbar
sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya:
Nangka muda dan kaki ayam di potong,di cuci dan rebus sehingga lembut.Kemudian toskan
Kisar bahan-bahan yang bertanda *
Panaskan minyak dalam periuk,tumis bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan serai,nangka dan kaki ayam tadi
Masukkan santan tadi,gaul hingga mesra dan masak sehingga mendidih
Akhir sekali,masukkan garam dan bahan perasa..dah siap..

~Selamat Mencuba..Papaiii!!!~



You Might Also Like

2 ulasan

  1. favourite saya gulai nangka ni kak..
    tapi xleh makan, nanti angin satu badan.. seksa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la Mas..akak kalau nangka yg masak tu tak boleh makan..teruk angin,yg muda boh halia kalau masak..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.