Buffet Ramadhan Restoran Istana Bambu 2015

June 11, 2015

Assalamualaikum semua,Buffet Ramadhan Restoran Istana Bambu kali ini,membawa tema "Indahnya Ramadhan" dengan Citarasa Nusantara.Restoran ini boleh memuatkan sehingga 600 tetamu pada satu masa serta menyediakan 70 jenis juadah berbuka puasa dengan bayaran yang berpatutan.Untuk harga buffet pula adalah seperti berikut
Buffet Ramadhan Restoran Istana Bambu
Rm52.45+ untuk dewasa
Rm26.75+ untuk kanak (5 hingga 11 tahun)
Bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma

Restoran ini juga berkonsepkan perkampungan buluh di tepi sawah padi dalam suasana kampung yang begitu unik dengan identiti yang tersendiri walaupun berada di kawasan bandar.Keunikan tradisi yang terdapat di Restoran Istana Bambu memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati juadah berbuka puasa secara bersila di gazebo atau duduk di meja di bahagian dewan dan taman,menarik kan..!!



Antara pilihan menu pula ialah masakan kampung tradisional hingga ke masakan Cina,Thai dan Western.Antara juadah istimewa adalah kambing Golek,Ayam Bakar Sunda,Patin Tempoyak,Asam Pedas Istimewa,Masak Lemak Daging Salai dan pelbagai masakan lagi.Restoran ini juga ada menyediakan surau yang selesa serta ruang parking yang luas.Jadi para pelanggan tak perlu bimbang tentang parking dan surau ye..









Terdapat juga pelbagai pilihan kuih muih tradisional,kek dan puding..


Restoran Istana Bambu juga ada membuka tempahan untuk majlis hari raya,resepsi perkahwinan,jamuan kopporat,majlis harijadi dan sebagainya malah pakej harga yang disediakan amat berpatutan.Tempahan awal amat di alu-alukan dan sepanjang bulan Ramadhan nanti,restoran akan di buka pada jam 6.00 petang sehingga 10.00 malam.Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh lah menghubungi
Restoran Istana Bambu
Lot 841-842,Jalan Hulu Kelang,6800 Ampang,Selangor
Tel/Fax
03 4251 4717/ 03 4252 4718/ 018 374 9920 
Website
www.istanabambu.com.my
Email
info@istanabambu.com.my







You Might Also Like

2 ulasan

  1. kak nanti pergi sama sama lg tau! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh Rara..ehehe...tq sudi singgah blog akak..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.