Masak Lemak Labu Ikan Masin

11:02:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,masih belum terlambat Kak Sue nak mengucapkan Salam Rejab untuk semua ye,ada yang berpuasa sunat tak hari nie?Alhamdullilah pada yang berpuasa,kalau tak nak puasa pun tak apa sebab tak wajib pun..yang nak berpuasa tu boleh tapi jangan la dok percaya hadith palsu yang banyak di kongsikan di blog dan facebook tu ye,kena hati-hati sekarang nie memacam sangat hadith-hadith palsu.Berbuka apa tadi kengkawan?Kak Sue hari nie berbuka dengan Menu Masak Lemak Labu Ikan masin,semalam tengok kawan masak lemak labu,teringin la pulak.Asal tengok kawan masak je teringin,asal teringin je masak,miahahahha!!Itu yang hari nie pepagi keluar cari barang,lepas asar je terus masak berkasih sayang lagi dengan encik suamiku.Kau hadeee..??Mari sama-sama kita tengok resepi nya ya..

Masak Lemak Labu Ikan Masin
Bahan2nya:
Separuh biji Labu
1 peket Ikan Talang Masin
11/2 ulas Bawang besar
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
15 biji Cili padi
1 helai Daun kunyit
2 batang Serai
1 biji kelapa~ambik santannya
sedikit serbuk kunyit
sedikit belacan


Cara2nya:
Kisar bawang besar,bawang putih,halia dan cili padi separuh hancur
Kemudian masukkan bahan yang telah di kisar tadi kedalam santan dari sebiji kelapa tadi
Masak santan dan bahan yang di kisar tadi hingga mendidih
Masukkan serai yang telah di ketuk
Kemudian masukkan labu yang telah di potong kedalam masakan tadi.masak sehingga labu hingga empuk
Akhir sekali masukkan ikan masin,daun kunyit,dan serbuk perasa,ikut selera memasing la ye nak macam mana,Kak Sue nie kuat garam.Terus kan mengacau kuah tu supaya tak pecah minyak ye,kang kuah nya tak cantik,berketul ketul santan nya.Dah siap dah.Mudah je kan,boleh la cuba nanti ye kengkawan untuk tengahari esok atau bebila la nak masak.Jumpa lagi bersama resepi Kak Sue yang lain,resepi ringkas dan mudah tapi is sedap....Papai!!



Anda Juga Mungkin Meminati

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.