Kegilaan AidiJuma

Assalamualaikum, hai semua. Sekarang nie tiap minggu semua peminat AidiJuma (AJ) pasti ternanti- nanti corak baru yang akan dikeluarkan kat semua cawangan AJ di seluruh Malaysia. Musim Kegilaan Aidijuma katanya sampai ada yang sanggup beratur awal pagi dan bermalam demi nak dapatkan koleksi terbaru. Kak Sue pun tak terkecuali juga dalam Kegilaan Aidijuma nie sebenarnya. Hampir tiap minggu juga akan datang ke Cawangan Bukit Jelutong Shah Alam.. memang gila!


Kegilaan Aidijuma

Apa yang menjadi kegilaan kepada tudung Adijuma nie ialah corak yang cantik dan lain dari yang lain. Siap ada label untuk bezakan kualiti dan harga tudung. Bermula dengan harga RM10.00 sampai lah RM33.00, rasanya masih lagi berpatutan. Cumanya ada juga peminat AJ nie sanggup berhabisan andai ada corak lama untuk dijadikan koleksi peribadi. Kak Sue biasa-biasa ja lah tak sanggup nak berhabis, apa yang ada aja. 


Kak Sue kongsikan kat sini beberapa corak tudung AJ yang menjadi kegilaan sekarang. Nie pun Kak Sue dapat dari kawan Facebook. Cantik kan.. Ada antaranya Kak Sue pun dah dapat, puashati dah.





Kebetulan masa Kak Sue datang jualan penghabisan stok dan pertama kali ke CS Bukit Jelutong dapat berjumpa dengan founder tudung Aidijuma, Datin Juma. Orangnya memang baik dan cantik sangat. Sangat mesra dan merendah diri melayan orang dan peminat yang datang. Mulai hari nie Kak Sue mula jadi pelanggan setia AJ.. hehehe.. sanggup beratur berejam untuk dapatkan koleksi terbaru. Gigih sangat kan.. hahaha! Sampai sini dulu kita ber AJ ya, jumpa lagi di entri yang lain.. papai!

Post a Comment

0 Comments