KBBA Blogger's Day Out 2015..~Jom Meriahkan...

Assalamualaikum semua,Kak Sue nak bagi tau hujung minggu nie,pada 26hb April nanti, Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) dengan kerjasama Kelab Komuniti Taman Tasik Cybeyjaya (KKTC) dan Cyberjayaview Sdn Bhd akan mengadakan aktiviti bersama kawan-kawan blogger yang lain sempena Blogger's Day Out 2015.Menurut kata pengasas KBBA, Ben Ashaari, ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar KBBA pernah anjurkan dan tidak di buka untuk orang ramai lagi buat masa nie,tapi kawan-kawan semua di jemput hadir untuk memeriahkan lagi KBBA Blogger's Day Out (KBDO) nie ye..nanti jemput datang le beramai-ramai ahad nie...

Serba sikit mengenai KKTTC nie,ada yang tau dan ada yang tau langsong macam Kak Sue nie kewujudan taman riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan.Terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia,KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak kemudahan bagi aktiviti sukan dan beriadah.Kat sini jugak ada menyediakan pakej untuk sebarang majlis atau mesyuarat perniagaan.Keluasan serta parking kereta juga mampu menampung 500-700 pengunjung pada satu-satu masa.Jadi tak payah risau le pasai parking kan..Tentang makanan pulak jangan risau ada di sediakan catering jugak di sini.Bagi mereka yang ingin menempah atau mengadakan sebarang majlis atau bermesyuarat boleh la hubungi 03-8318008 atau boleh ikuti meraka di Instagram KKKTC @Kelabkomuniticyberjaya.

Tentang KBDO pula,seramai 100 bloger akan menyertai aktiviti yang telah di rancang oleh team AJK KBBA seperti golf,go-kart,paintball dan badminton.Ianya telah di ubah konsep agar lebih menarik dan mencabar.Pada acara akhir pula ada cabutan bertuah sesama blogger.Seronoknya rasa tak sabar nak jumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan blogger yang lain.Selalu berborak dan bergurau hanya di alam maya je.Nanti kita jumpa di sana ye kengkawan..

Tentatif program Kak Sue sertakan di bawah nie ye:

Kelab Blogger Ben Ashaari Blogger Day Out 2015

Tarikh : Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya,Cyberjaya

Masa: 7 pagi -5 petang

Tajaan Utama:
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
www.cyberview.com.my
Cyberview Cyberjaya
www.cyberjaya.com.my
Cosmoderm
www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia
www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise
www.stampnprint.blogspot.com
Natalia
www.natalia.my



Post a Comment

0 Comments