Resepi Belgian Chocolate Cake

Assalamualaikum, hai semua. A pa khabar kawan-kawan semua. Alhamdullilah Kak Sue rasa semakin sihat.. walaupun cuaca agak berbahang petang n...

Assalamualaikum, hai semua. Apa khabar kawan-kawan semua. Alhamdullilah Kak Sue rasa semakin sihat.. walaupun cuaca agak berbahang petang nie kan. Mendung tapi rasa berbahang kena banyak minum air kosong. Okay lah dari Kak Sue melalut ja nanti, hari nie Kak Sue nak kongsikan Resepi Belgian Chocolate Cake yang Kak Sue belajar dari seorang cikgu kek yang sangat hebat di Instagram Ms Tina. Kawan-kawan boleh lah follow IG beliau nanti ya. Jom kita tengok resepinya ya..

Belgian Chocolate Cake

Belgian Chocolate Cake
By Ms Tina

Bahan-bahan :
4oz Butter (salted SCS)(softened)
2 biji telur gred A
1 1/2 cawan Gula kastor
1 1/2 cawan Tepung kek
1/3 cawan Serbuk koko
1/3 cawan Choc callebaut (melted)
1/2 cawan Air panas
1/2 cawan Susu segar
1 sudu teh Baking soda
1/4 sudu teh Baking powder

Cara-cara :
Gunakan loyang 7 inch
Panaskan oven 160C(bergantung pada suhu oven masing-masing ye)
Ayak tepung, gula, koko, baking soda dan baking powder dalam satu bekas
Masukkan butter. Putar perlahan hingga semua bahan sebati selama 30 saat lebih kurang
Kemudian naikkan speed dari low ke medium dan putar hingga sebati lebih kurang seminit
Stop mixer dan tuang melted choc, putar dalam 1 minit dan dalam kedaan mixer tu masih bergerak tuangkan air panas dan masukkan telur.
Setiap sebiji pada satu masa sehingga sebati.
Kemudian boleh lah masukkan susu segar pula.
Pada peringkat ini hentikan mixer dan scrape di tepi bowl dan sambung putar lagi dan pastikan telur dan bancuhan semua sebati.
Kemudian bahagikan bancuhan kepada 3 dan masukkan ke dalam 3 loyang berasingan
Kalau nak satu loyang pun boleh
Bakar selama 18-20 minit jika pakai loyang 7 inch Bergantung pada kepanasan oven masing-masing dan kalau masukkan ke dalam satu acuan tambahkan saja minit kita bakar kek tu ye..

Untuk hiasaan kek, Kak Sue kongsi next entri ya.
Selamat Mencuba, papai!


You Might Also Like

2 ulasan

  1. wahh sedapnya nampak kak.. terliur nie

    ReplyDelete
  2. acik..bila-bila free,singgah umah akak..akak buatkan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.