Goreng Bilis Masak Tempoyak Petai

Assalamualaikum, hai semua. Harap kawan-kawan semua sihat belaka ye. Kak Sue baru berkesempatan nak masukkan gambar dan Resepi Ikan Bilis Masak Tempoyak Petai yang diambil dari kawan Facebook Nurul Nadia hari tu. Resepi Ikan Bilis Masak Tempoyak Petai nie resepi yang sangat ringkas dan mudah. Kadang jenuh memikir apa nak masak hari-hari untuk keluarga kan. Bila cuba resepi nie, bertambah-tambah Kekasih Hati makan hari tu.. seronok bila tengok orang tersayang bertambah makan kan.. 


Resepi Ikan Bilis Masak Tempoyak Petai

Tak nak buang masa, jom lah Kak Sue kongsi resepi Ikan Bilis Masak Tempoyak Petai yang ringkas dan mudah nie jom..

Ikan Bilis Masak Tempoyak Petai

Bahan :
Ikan Bilis - ikut banyak mana nak buat
1 biji - bawang besar di tumbuk
12 biji cili padi - ditumbuk
3 sudu tempoyak
1 sudu serbuk kunyit
2 sudu santan
Sedikit garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis

Cara :
Panaskan minyak
Tumiskan bawang hingga naik bau
Masukkan serbuk kunyit
Masukkan petai dan cili padi, kemudian kacau rata
Masukkan tempoyak, tapi kalau nak letak lebih pun boleh
Masukkan santan dan tambah sedikit air supaya tak kering sangat
Masukkan gula dan garam
Bila dah mendidih sikit boleh lah masukkan ikan bilis tadi
Kacau sekejap, tutup api
Sedia untuk dihidangkan





Post a Comment

1 Comments

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤