Resepi Vietnam Roll

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Vietnam Roll  pula dengan korang. Sebenarnya bukan Kak Sue yang cuba pun rese...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Vietnam Roll pula dengan korang. Sebenarnya bukan Kak Sue yang cuba pun resepi Vietnam Roll nie, tapi Kakak satu-satunya anak dara Kak Sue tu. Kalau korang ada follow Instagram Kak Sue mesti korang akan perasan Kak Sue selalu update resepi air tangan Kakak. Rajin betul Kakak cuba resepi musim PKP nie tau..

Vietnam Roll

Resepi Vietnam Roll

Sebelum Kakak cuba resepi Vietnam Roll nie, kami dah pernah rasa dah Vietnam Roll air tangan kawan-kawan. Alhamdullilah.. sedap aja semua. Cuma kali nie rasa macam nak cuba buat sendiri pula. Kalau buat sendiri dapat buat lebih sikit dan puas lah makan kan.

Vietnam Roll airtangan Kakak nie kami guna udang segar dengan sayur-sayuran aja. Tak ada tambah crab stik ke apa, korang kalau nak letak silakan tau. Sos pun Kakak buat ikut resepi Sambal Thai yang Kakak buat sebelum nie. Tapi macam kena pula bila makan dengan Vietnam Roll tu. Ustaz Kecik pun suka sangat, menambah-nambah beliau makan tau. Lain kali harus kena buat lagi.. hehehe.. Jom lah kita tengok resepinya jom..

Vietnam Roll
Bahan-bahan :
Udang - dibuang kulit
Rice paper *
Salad *
Timun *
Carrot *
Bihun atau suun *
Bahan yang bertanda * nie, korang agak-agak je berapa banyak korang nak buat ya.

Cara-cara :
Celur atau goreng udang tadi, Kakak goreng aja.
Kemudian celur bihun atau suun tadi.
Kemudian hiris nipis timun dan carrot tadi
Untuk membalut pula, rendam rice paper dalam 1 hingga 2 saat sahaja. Jangan lama sangat, sebab nanti cepat terkoyak kulit dia bila kita nak balut nanti.
Seterusnya, susun semua bahan tadi ditengah-tengah kulit, pastikan udang sebelah bawah tau dan balut dengan kemas.
Ulang langkah kat atas ikut berapa banyak yang korang nak
Siap untuk dihidangkan dengan Sambal Thai

Korang boleh baca Resepi Sambal Ala Thai  kat sini.



You Might Also Like

6 ulasan

  1. benda ni makan sedap tapi nak menggulung leceh selalu suh adik je buatkan...

    ReplyDelete
  2. yang menentukan sedap atau tidak, bagi saya bergantung pada dipping sauce dia, kalau dapat yang sedap, sepinggan habis hehehe

    ReplyDelete
  3. tak sure penah makan ke idok tapi memang menarik la siap ada bihun dalamnya

    ReplyDelete
  4. Sodap nih kak sue:) tak pernah buat sendiri biasa beli jerr hehehehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan lagi vietnam roll ni. Ada kesempatan nanti Cik TK try.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.