Assalamualaikum, hai semua. Macam yang kita semua tahu tahun nie semua peniaga tak dapat meniaga macam biasa. Memula tu risau lah juga kan, nasib kerajaan izinkan kami berniaga Pasar Ramadhan Online. Lega lah sikit kami semua peniaga nie, ada juga pendapatan dan sara hidup. Satu pengalaman baru Pasar Ramadhan Online nie buat kita semua kan..

Pasar Ramadhan Online 2020
Pasar Ramadhan Online 2020

Pasar Ramadhan Online 2020

Untuk kali nie memang ada banyak perubahan cara berniaga Pasar Ramadhan Online nie. Maklumlah pelanggan tak dapat lihat barang yang kita jual secara terus. Semuanya secara online dan nak kena rajin iklankan produk kita. Selain tu kita kena gajikan runner untuk delivery jualan kita. Dan waktu sekarang nie line internet memang agak penting lah untuk kita sebab semuanya secara online kan..

Pasar Ramadhan Online 2020
Pasar Ramadhan Online 2020
Masa awal bulan Ramadhan hari tu, tak ramai sangat peniaga-peniaga Kelapa Laut Man Java buat order. Maklum lah masing-masing buntu dan terkejut dengan keadaan sekarang nie kan. Tapi bila dah tau boleh berniaga secara online dan ada yang dah buat duit dengan izin Allah bertubi-tubi masuk order sampai jadi jem order sebab sangkut barang bahan mentah dan botol. Tahu aja lah dengan keadaan sekarang nie pergerakan agak terbatas.. lambat siap kerja..

Order dari pelanggan yang nak buat minum sendiri pun boleh tahan juga buat masa sekarang nie. Cuma buat masa sekarang kalau untuk ready to drink tu kami hanya buka order area Selangor dan KL sahaja. Kami juga tengah usaha nak siapkan semua order dan delivery semua ikut susunan order dan kawasan. Kak Sue berharap sangat semua pelanggan kami faham dengan situasi yang kita semua kena sama-sama lalui sekarang nie ya.. 

Pasar Ramadhan Online 2020
Pasar Ramadhan Online 2020
Apapun Kak Sue bersyukur sangat bila kerajaan membenarkan kami peniaga meniaga Pasar Ramadhan Online. Walaupun pendapatan tak sehebat tahun-tahun yang lepas cukup lah untuk kami teruskan hidup dengan Perintah Kawalan Pergerakan nie. Satu pengalaman paling berharga buat kami melalui pengalaman baru meniaga Pasar Ramadhan secara online. Memang kena pikir luar kotak untuk lariskan jualan..

Kak Sue juga nak meluah rasa sikit.. yang situasi kita semua tak sama, jadi pada pendapat Kak Sue tak perlu kita menambahkan atau memburukkan lagi keadaan. Kita doa, tulis dan cakap yang baik-baik, InsyaAllah semua perkara yang baik akan berbalik kepada kita semula. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.. aamiin Ya Rabb.. Rezeki Sama Dikongsi.. papai!