Tips Hilangkan Pahit Bunga Betik

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi  Tips Hilangkan Pahit Bunga Betik pula dengan korang. Haa.. mesti ada antara korang...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Tips Hilangkan Pahit Bunga Betik pula dengan korang. Haa.. mesti ada antara korang nie peminat ulam yang satu nie kan. Siapa yang pernah rasa ulam nie mesti tau dah kan rasa dia macam mana. Ada setengah orang tu memang tak tertelan pun, jadi bagi yang tak tahan rasa ulam nie tapi teringin juga nak makan, Kak Sue nak kongsi tips hilangkan pahit bunga betik nie hokay. Lepas nie boleh lah makan dengan seleranya.. hehehe..

Tips Hilangkan Pahit Bunga Betik
Tips Hilangkan Pahit Bunga Betik

Tips Hilangkan Pahit Bunga Betik

Sebenernya Kak Sue nie kan memang seorang yang gemar dengan ulaman dan sayuran. Tak kisah lah ulam atau sayur apa, semua Kak Sue bedal. Tak kira yang pahit atau tak, semua Kak Sue makan. Cuma bila dah tau tips hilangkan pahit Bunga Betik nie lagi sakan lah Kak Sue meratah. Hilang semua pahit tau korang..

Selain bunga betik, pucuk betik pun sedap juga tau buat ulam. Macam yang kita tau, katanya daun betik nie boleh kurangkan sakit demam denggi kan. Rupanya disebalik kepahitan tu ada kesembuhan kan, semua dengan izin Allah. Setiap benda atau perkara tu pasti ada manfaatnya kan. Okay lah, jom kita tengok tips hilangkan pahit bunga betik nie ya..

Tips Hilangkan Pahit Bunga Betik
Bahan-bahan
1 mangkuk bunga betik
1 mangkuk air - atau sampai bunga betik tengelam
2 sudu gula
1 sudu garam

Cara-cara
Masukan semua bahan tadi dalam periuk
Masak bunga betik sehingga empuk
Bila dah empuk, angkat dan toskan
Sedia untuk di hidangkan

Haa.. senang ja pun korang, bahan semua memang dah sedia ada kat rumah dah pun. Tips hilangkan pahit bunga betik nie Kak Sue dapat dari kawan niaga, kawan satu taman dan kawan yang selalu pergi ride dengan Kak Sue Cik Puan Ina.

Ina nie memang pandai masak, kami dua orang memang peminat ulam pun. Ulam bunga betik tu pun Ina yang belikan untuk Kak Sue dah tau Kak Sue suka kan. Korang yang mana suka juga ulam bunga betik dan nak kurangkan pahit boleh lah cuba tips yang Kak Sue kongsi nie ya.. jumpa lagi next entri, papai!

Untuk tips masakan yang lain korang boleh baca kat sini Tips Sambal Tumis Tahan Lama

You Might Also Like

9 ulasan

  1. adui apa ni buat cerita buat orang lapar ni

    ReplyDelete
  2. Ana peminat ulam juga tp tak pernah makan bunga betik ni. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  3. pernah celur hari tu pahit giler, nnt boleh cuba...

    ReplyDelete
  4. saya pernah makan.. tamoooo dah hahaha..
    dala memang jenis tak makan ulam sangat terus rasa fobia haha..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya buat sayur..dah lama tak makan

    ReplyDelete
  6. Senang saja nak hilangkan pahitnya tu. Saya sendiri tak pernah makan bunga betik ni kak sue.

    ReplyDelete
  7. saya tak penah makan kak.. tapi tentu byk khasiat kan..senang aje caranya tq for sharing

    ReplyDelete
  8. Saya memang penggemar bunga betik. Sedappp makan dengan nasi panas dan sambal belacan.. Rasanya mantap

    ReplyDelete
  9. Suka bunga betik ni.. Bt kerabu atau buat ulam mmg umppp

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.