Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan

Assalamualaikum, hai semua. Hari tu Kak Sue ada janji nak kongsi dengan korang tempat kami sekeluarga lepak masa bercuti di Kelantan kan. Jenuh juga lah kami mencari, nasib Ku Fendi kawan baik Abang Man cadangkan Tunjung Guest House pilihan homestay di Kelantan nie. Kata Ku Fendi Tunjung Guest House nie memang jadi pilihan kawan-kawan beliau yang datang dari luar dan nak bermalam di Kelantan. Apa yang menarik lagi, lokasi homestay nie yang dekat dengan bandar senang kita nak bergerak kan..

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan

Homestay Tunjung Guest House di Kelantan

Sebenarnya dah lama Abang Man plan nak bercuti ke Kelantan nie. Abang Man pula jenis redah tak suka plan nak tidur mana dan berapa hari kat sana. Kata Abang Man suka ikut rentak hati.. amboi sangat kan! Bila tiba hari nak ke sana tu ada lah call Ku Fendi nak bercuti kat sana beberapa hari. Sambil tu Kak Sue dan anak-anak google kat mana nak lepak nanti. Pening nak pilih yang mana, akhirnya Ku Fendi cadangkan kami lepak di Homestay Tunjung Guest House. Tak jauh dari Kota Bharu dalam 20 minit je katanya. Senang kan..

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Selalunya kalau Kak Sue sekeluarga bercuti atau jalan-jalan suka cari hotel yang ada kolam, sebab anak-anak suka sangat mandi kolam. Kiranya ini pertama kali lah kami lepak homestay walaupun rasanya ada ja homestay yang ada kolam kan. Walaupun homestay nie tak ada kolam nasib lah kena dengan kehendak kami sekeluarga. Bersih, kemas, cantik dan harga pun berpatutan sangat.

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Ada dua bilik, dapur dan ruang tamu yang sangat selesa. Siap ada aircond kat ruang tamu dan bilik tau. Ada dapur kecil siap peti ais dan jug untuk masak air. Ada juga pinggan dan cawan untuk kita nak guna plus ada tempat lepak lagi kat kawasan homestay nie kut nak buat makan bakar-bakar ke kan. Menarik juga kalau datang dengan keluarga dan buat makan-makan kat sini kan..

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Selain kemudahan yang Kak Sue bagi tau kat atas, ada sawah padi di bahagian belakang homestay nie tau. Cuma masa Kak Sue lepak sini, musim tuai padi kut tak ada lah nampak padi menghijau. Kalau tak cantik ambik gambar berlatar belakangkan sawah padi menghijau. Nak isi minyak atau memalam tetiba rasa lapar boleh ke stesen minyak Petronas yang tak jauh pun dari sini. Jalan kaki pun sampai..

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Rasanya lain kali datang Kelantan Tunjung Guest House nie akan jadi pilihan untuk kami lepak kut. Kak Sue suka betul dengan suasan kat sini dan layanan kakitangan yang ramah dan mesra. Memang Kak Sue cadangkan untuk korang kalau ke Kelantan meh lepak sini, mesti korang puashati punya. Kalau tak nak duduk kat homestay landed tu korang boleh aja pilih bilik kat situ. Nanti Kak Sue kongsikan detail kat bawah ya, korang boleh ja nak tanya atau buat tempahan dulu. Sampai sini dulu kali nie jumpa lagi di entri cuti-cuti Kak Sue yang lain.. papai!

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House

Tunjung Guest House

Alamat
Tunjung Guest House
Batu 8, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan

No Tel
09 - 712 5857

Facebook Page
Tunjung Guest House

Korang boleh baca kat sini juga tau Cuti-Cuti ke Kelantan




15 comments

  1. seronoknya akk bercuti...

    ReplyDelete
  2. Waaa kita yg kelantan tk pernah tahu pun. Boleh gak try.

    ReplyDelete
  3. Wow! Nampak selesa & bersih.
    Aida x pernah stay homestay. Mcm Shu jugak la, cari yg ada pool. Kehendak anak2 kan :-)

    ReplyDelete
  4. cantiknya guest house ni kaksu! Tengok gambar pun dah boleh nampak tahap service diorang tu macam mana.

    ReplyDelete
  5. Cantik juga homestay ni. Boleh lah nanti kAlau ke Kelantan, booking bermalam di sini. Hehe..

    ReplyDelete
  6. bestnya.. boleh masuk dlm list ni

    ReplyDelete
  7. Cantiklah homestay dia. Pergi kelantan boleh stay sini

    ReplyDelete
  8. Syoknya dapat cuti2 di kelantan, nanti boleh la booking tunjung homestay ni..

    ReplyDelete
  9. nice homestaynya..brp rate nye?

    ReplyDelete
  10. cantik tmptnya. hri tu pi Kelantan tak sempat jalan-jalan. kena repeat lg nih.

    ReplyDelete
  11. Memang nampak selesa sangat tu kak. Kemudahan pun cukup. Boleh try nginap sini nanti.

    ReplyDelete
  12. banyaj jugak kemudahan ada di homestay ni

    ReplyDelete
  13. Guest house dia cantik..dh macam konsep colonial plak..selesa kan kak..harga mesti berpatutan ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.