Ketagih Salad Kerang

Assalamualaikum, hai semua! Semalam Kak Sue sekeluarga dan kawan niaga gerai Tomyam depan rumah Kak Sue nie, Norin buat makan-makan. Sebelum nie Norin ada pelawa Kak Sue makan sekali dah, bila dah rasa jadi Ketagih Salad Kerang lah pulak. Tu yang semalam kami buat makan-makan sekali lagi, nak hilangkan ketagih Salad Kerang yang Norin buat untuk kami hari tu.. ehehe..

Ketagih Salad Kerang
Ketagih Salad Kerang

Ketagih Salad Kerang

Sebenarnya Kak Sue tak tau apa nama menu yang kawan niaga Kak Sue si Norin nie sediakan untuk kami masa makan-makan tu. Cuma dalam menu tu ada Kerang Rebus, Daun Salad, Timun, Kacang Panjang, Brokoli dan sejenis Air Asam Thailand. Rasa Air Asam nie lain dari yang lain, memang sedap sangat korang.. tu yang jadi Ketagih Salad Kerang tu.. hahaha..

Kak Sue tengok bahan-bahan dalam Air Asam Thailand nie ada Bawang Putih, Tomato, Cili Padi dan Daun Ketumbar di racik halus. Yang lain tu tak pasti apa ramuannya, memang lain dari yang lain. Cuma semalam Norin ada sebut letak tepung jagung juga dalam bancuhan Air Asam Thailand tu. Sekali rasa teringat-ingat.. wah gitu! Hehehe..

Cara makan Salad Kerang nie, kopek kerang yang dah direbus. Kemudian balut dalam daun salad dengan pilihan sayur yang korang suka. Akhir sekali ceduk Air Asam Thailand tu dan balut salad terus makan. Kombinasi semua tu bila masuk aja dalam mulut memang sedap gila tau korang. Dengan ranggup salad dan sayur campur pulak pedas-pedas masam memang buat kita nak makan dan makan lagi. Kak Sue siap cadangkan Norin jual set macam nie kat kedai beliau..

Nanti Kak Sue cuba tanya resepi Air Asam Thailand tu pada kawan niaga Kak Sue tu ya. Kalau beliau nak kongsikan lah ya, sebab nampak lain dari yang lain tau Air Asam Thailand nie. Yang pasti sedap sangat! Kalau kita tak ada selera nak makan, goreng ikan cicah dengan Air Asam Thailand tu makan pula dengan nasi panas. Memang terangkat! Jumpa lagi nanti di entri makan-makan Kak Sue yang lain tau, papai!





18 comments

  1. nampak sedap kak sue..nanti nak buat la...lama x makan kerang..harga pun dh mahal

    ReplyDelete
  2. tgk gambar pun dah sedap

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak sue.. Terkeliur sy. Mmg suka mkn mcm ni. Tapi sos thailand tu xreti nk buat.. dpt pedas² msm tu. haishhh

    ReplyDelete
  4. Ya allah, dugaan apakah ni. Sedapnya. Nak!!!.

    ReplyDelete
  5. tengok pun dah kecur liur. dah lama nak makan kerang..

    ReplyDelete
  6. Kerang..sayuran yang segar..sambal asam yang ngam..fuh..nikmat...ok PC ngences..

    ReplyDelete
  7. confirm saya suka ni kak.. makanan ni pun sihat kan.. tak berminyak dan tak de lemak

    ReplyDelete
  8. Terliur rasa tengok kerang tu. Haishh lapar la cam ni

    ReplyDelete
  9. Kerang.. Air asam tu yang menyedapkan 😍

    ReplyDelete
  10. Kerang.. Air asam tu yang menyedapkan 😍

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap kak sue tapi saya tak makan kerang

    ReplyDelete
  12. Pernah tgk kt fb..sedap ni kak..saya belum cuba lg resepi ni

    ReplyDelete
  13. nyesal bukaaaa huwaaaa terliurrr dah la penggemar kerang,tapi kat pasar presint 8 rm12 sekilo sobs sobs

    ReplyDelete
  14. Dari tak nak click.. terus ku click sebabkan kerang. Terliur dibuatnya.
    Tak boleh jadi ni.. esok nak kena pergi pasar carik bahan buat.. ;)

    ReplyDelete
  15. sedapnyer tu Sue...nampak sos tu pun dah terliur

    ReplyDelete
  16. sedapnya....trus terliurrrrrrrr

    ReplyDelete
  17. wahh amar pun baru tahu salad kerang

    ReplyDelete
  18. kecur air liur....hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.