Assalamualaikum, hai semua! Haaa.. korang tau tak dengan minum kopi pun boleh hilangkan gastrik.. Macam nie ceritanya, baru-baru nie kenalan Abang Man cadangkan Kak Sue minum sejenis kopi nie, antara bahan dalam kopi tu pula adalah estrak Cordyceps. Mesti korang tertanya-tanya kan apa benda lah Cordyceps nie kan? Nanti Kak Sue kongsikan dengan korang ya kat bawah nie, yang penting minum kopi pun boleh hilangkan gastrik..

Minum Kopi Pun Boleh Hilangkan Gastrik, Codi Cafe
Minum Kopi Pun Boleh Hilangkan Gastrik

Minum Kopi Pun Boleh Hilangkan Gastrik

Macam menarik kan, minum kopi pun boleh hilangkan gastrik. Kopi apa tu kan? Kopi yang Kak Sue minum nie 'premix coffee' dengan Cordyceps. Cordyceps Sinesis nie adalah estrak yang diambil dari cendawan mengikut apa yang dibagitau oleh Abang Rosli kenalan Abang Man yang cadangkan Kak Sue minum kopi nie. Bila Kak Sue google rupanya cendawan nie antara herba yang sangat tinggi nilainya dalam perubatan China dan sains  perubatan moden. Patut la harga pun boleh tahan..

Sebenarnya Kak Sue memang ada gastrik sejak dari zaman sekolah lagi. Cuma ingatkan tak lah terok sangat kan. Kak Sue pun tak tau macam mana boleh dapat gastrik, tapi yang sebetulnya Kak Sue suka tak sarapan pagi. Sebabnya Kak Sue memang tak boleh nak makan awal pagi, tambah kalau makanan berat tu kan, kecuali kalau lapar sangat baru lah makan makanan berat. Kalau tak, memang sarapan Kak Sue pukul 11-12 tengahari. Tu bukan namanya sarapan dah, tu kira 'brunch' dah tu.. Ehehe..

Macam Kak Sue bagi tau tadi, Kak Sue di cadangkan minum Codi Cafe yang dikatakan sesuai untuk Kak Sue yang ada sakit gastrik dan sebenarnya Kak Sue tak tau dan sedar pun gastrik Kak Sue dah agak teruk. Kebetulan masa tu nak buat rawatan lain, Kak Sue mengadu sakit kepala, bila Abang Rosli tu cek, kata beliau angin dari gastrik dah nak naik kepala, sebab tu kerap sakit kepala..

Sekarang nie, setiap pagi Kak Sue akan minum Codi Cafe secawan, lepas tu boleh la sambil sarapan kuih ke roti ke. Apa yang best kan Codi Cafe nie mengenyangkan kita tau, lepas tu angin dalam badan pun keluar, badan pun tak rasa letih lesu dan bagi yang ada masalah nak membuang Kak Sue rasa elok cuba kopi nie. Dah masuk dua kotak dah Kak Sue minum Codi Cafe nie tau, setakat nie memang sangat puashati lah. Perut pun dah jarang sakit dah, harap dapat sembuh sepenuhnya..

Rasa macam Kak Sue nak teruskan lah minum Codi Cafe nie. Walaupun harga agak mahal, tapi kalau hasil yang bagus berbaloi la kan. Terima kasih pada Abang Rosli yang cadangkan Codi Cafe nie, dan terima kasih juga pada Abang Man tersayang yang sudi belikan untuk Kak Sue. Kita usaha ja kan, yang menyembuhnya hanya Dia..