Resepi Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie ada kawan Abang Man sedekahkan ikan hasil beliau memancing masa singgah gerai burger Kakak. Kak Sue tengok banyak juga tau ikannya, yang bagi kat Kak Sue size sederhana besar, hidup lagi ikannya pula tu. Terus Kak Sue terbayang nak buat Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin. Kebetulan tempoyak pun ada banyak lagi, stok baru masa musim durian baru-baru nie. Berapa hari dok tertangguh nak masak, hari nie baru sempat. Jom lah Kak Sue nak kongsikan resepi masak lemak tempoyak ikan patin cara Kak Sue jom..

Resepi Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin
Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

Resepi Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

Selalunya kalau ikan nie memang ngam kalau buat masak lemak tempoyak ikan patin kan. Masak lain Kak Sue belum pernah cuba lagi dan rasanya baru pertama kali Kak Sue cuba masak menu nie, sebelum nie kalau masak lemak guna ikan lain. Dah rezeki orang sedekah nie, apa lagi terus lah nak cuba masak lemak tempoyak. Memang puashati masak sendiri nie, puas makan nak pedas ka, nak letak tempoyak lebih ka, semua ikut selera kita kan. Macam resepi Kak Sue nie, Kak Sue tambah sikit serbuk kunyit sebab tak nak nampak kuah tu pucat aja kan, baru menarik sikit. Okay lah jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak masak lemak tempoyak ikan patin..

Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan :
1 ekor ikan patin (saiz sederhana) - dipotong kecil
1 kotak santan Kara
1 biji bawang besar (saiz sederhana) - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci halia - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - dicarik kecil
1 keping asam gelugor
1/2 kiub ayam Knorr
Sedikit tempoyak - ikut suka korang nak letak banyak mana
Sedikit garam

Cara-cara :
Masukkan semua bahan kisar tadi kedalam periuk
Masukkan air dan santan, ikut suka korang nak letak air banyak mana
Masukkan asam keping dan serai tadi, masak campuran tadi sehingga mendidih
Kemudian masukkan ikan dan tempoyak
Kacau lagi sehingga sebati
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam
Tutup api, untuk elakkan santan pecah minyak kacau dulu beberapa minit
Sedia untuk dihidangkan

13 comments

  1. ya rabbi ini memang godaaaaaaan duniawi sedappppnya lahai..

    ada GA sedang berlangsung di blog CT. kalo sudi jemput join =)
    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

    ReplyDelete
  2. Fuh,,ngences ni kak..lama tak makan ikan patin..sedapnya..rezekikan kak...alhamdulillah syukur.

    ReplyDelete
  3. pernah skali je rasa ikan patin tu pn menu kwn

    ReplyDelete
  4. Wahhh...ikan patin... sedapnye...

    ReplyDelete
  5. perghhh padu kak sue. terkeliur saya...

    ReplyDelete
  6. Menyesal buka pagi2 entri ni. Bikin perut jadi lapar teruk.

    ReplyDelete
  7. saya baru belajar makan patin tempoyak kak. sedap rupanya hahah.. masak tak penah lagi

    ReplyDelete
  8. Uit sedap tu kak sue. .masak lemak

    ReplyDelete
  9. SA tak pernah masak lemak ikan patin lagi..nanti nak cuba la kak

    ReplyDelete
  10. aida tak brape reti plak nak siang ikan patin.
    geram aje tgk kat family store tu. memang ada jual, kak.
    hmmmmm tapi aida tgk tgk resepi kuahnya ye.
    maybe nak buat dgn ikan tenggiri :)

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak sue.. macam masak patin biasa kan cuma tambah santan..

    ReplyDelete
  12. Tak pernah berjaya buat masak lemak tempoyak lagi..Resepi kak shu nie sha simpan.. manalah tahu teringin nak cuba nanti.. boleh rujuk resepi akak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.