Ulam Bunga Kunyit

October 25, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Mesti ada antara korang yang perasan Kak Sue memang pengemar ulam kampung kan. Antara ulam kampung kegemaran Kak Sue ialah Bunga Kunyit. Memang dari zaman anak dara Kak Sue suka sangat makan ulam nie tau, cuma sekarang nie dah payah nak jumpa dah ulam Bunga Kunyit nie. Nasib lah kat kawasan rumah Kak Sue nie memang ada peniaga yang menjual ulam-ulaman kampung setiap hari. Dapatlah Kak Sue makan ulam kampung kat sini walau jauh dari kampung..
Ulam Bunga Kunyit
Ulam Bunga Kunyit

Ulam Bunga Kunyit

Orang yang memula ajar Kak Sue makan ulam adalah Mak Kak Sue sendiri. Kami satu keluarga menang suka makan ulam. Cuma ulam Bunga Kunyit nie aja jarang-jarang kita jumpa kan. Selalunya Kak Sue suka makan mentah aja sebab ranggup, berbau wangi dan sedikit berangin. Kak Sue suka lawankan Bunga Kunyit dan Air Asam, memang bertambah-tambah lah Kak Sue makan..

Kak Sue ada google kelebihan atau kebaikan makan ulam Bunga Kunyit. Rupanya banyak kebaikan dan kelebihan tau, biasanya setiap ulam-ulaman akan ada kelebihan dan kebaikkan masing-masing. Yang paling penting awet muda.. ya ka makan ulam awet muda. Entah lah, Kak Sue main cakap ja tu korang, perasan muda la tu konon! Ehehe.. 

Sebenarnya kan ulam nie macam makanan sihat tau untuk kita, sebab ada yang kita makan terus tanpa dimasak atau yang kita rebus macam tu aja. Jadi tak ada tambah bahan-bahan lain pun kan. Patut wajib ada dalam setiap menu harian kita tau ulam-ulaman nie, baru lah kita lebih sihat. Tengok orang tua dulu-dulu banyak makan ulam-ulaman jarang dapat sakit berat kan..

Okay lah korang, cukup lah kali nie nak sembang pasal ulam dan ulam Bunga Kunyit nie. Nanti kalau ada resepi baru Kak Sue gunakan Bunga Kunyit sebagai bahan utama, Kak Sue kongsikan kat sini ya, InsyaAllah. Jumpa lagi, papai!

You Might Also Like

14 ulasan

  1. Patut lah muka nampak muda u olls. Makan ulam bunga kunyit rupanya. Ana tak pernah tau pun pasal ulam ni kak. Boleh cuba lah lepas ni

    ReplyDelete
  2. sedap tak bunga kunyit ni , CCL belum pernah cuba

    ReplyDelete
  3. First time dengar pasal ulam bunga kunyit...tak pernah cuba lagi. Nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  4. tak pernah makanpun...boleh la cuba nnt

    ReplyDelete
  5. Awet muda ni kak..ptt la kulit akk lawa je hehe

    ReplyDelete
  6. SA tau pasal ulam ni kak tapi tak pernah cuba..nanti boleh cuba la..cicahsambal belacan sedap x kak

    ReplyDelete
  7. Tq kak sue. Saya x penah tau rupanya bunga kunyit leh buat ulam ye

    ReplyDelete
  8. memang sedap ulam ni tapi tu la susah dah nak dapat balik umah abah pun dah payah.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah jumpa lagi bunga kunyit.. ke saya yang tak kenal.. hihi....

    ReplyDelete
  10. Bagusnya kak sue suka makan ulam..

    ReplyDelete
  11. Amboi...bestnye makan ulam.. Patutlah kak sue awet muda...hehehe..

    ReplyDelete
  12. Lupa nakntanya kak sue.. rasanya mcm mana? Ada Rasa kunyit x

    ReplyDelete
  13. Memang sedap ulam bunga kunyit ni, nak jumpa pun payah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.