Layan Transformers The Last Knight

July 06, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Beberapa hari lepas Kak Sue sekeluarga balik beraya dari kampung dan singgah rumah kakak ipar, Kak Jam di Wangsa Maju. Sebenarnya anak Kak Jam balik sekali hari tu, jadi sambil hantar anak buah, Adik pula merengek nak tidur rumah Ibu. Anak-anak Kak Sue panggil Kak Jam dengan panggilan Ibu juga, memang dah biasa dari kecil. Jadi kami sekeluarga pun bermalam kat sana. Pagi tu sambil sarapan kami sembang-sembang buat plan apa nak buat hari nie.. sekali anak buah Kak Sue Abang Luqman anak kepada abang sulong Abang Man yang juga balik sekali kami ajak tengok wayang, kebetulan ada cerita baru keluar kan.  Apalagi kami buat keputusan nak layan Tranformers The Last Knight lah kali nie ramai-ramai.. Bukan senang nak kumpul macam nie kan. Meriah gitu..


Layan Transformers The Last Knight Beramai-ramai

Rumah kakak ipar Kak Sue dekat sangat dengan Wangsa Walk, kalau jalan kaki pun sampai. Memula kami pergi jalan-jalan dulu kat situ. Kemudian sambung jalan-jalan ke Aeon Anggun AU2 lepas tu terus makan kat situ. Siap makan, balik dulu solat sebab masa memula tu macam tak jadi je nak tengok wayang. Adik dah asyik tanya bila nak tengok wayang, akhirnya kami keluar lagi sekali ke Wangsa Walk layan movie Transformers The Last Knight beramai-ramai. Cuma Kak Jam aja tak nak ikut, tak minat katanya..

Sampai di Wangsa Walk, kami terus ke kaunter tiket nasib baik ada tiket lagi. Orang punyalah ramai, maklumlah hari cuti perayaan kan.. Selesai beli tiket dah beratur lagi nak beli popcorn dan bekas air yang biasa Adik beli setiap kali tengok wayang. Ikut tema wayang gitu.. banyak dah koleksi Adik kat rumah. Selesai semua terus kami masuk, Adik dah tak sabar-sabar nak layan Transformers The Last Knight nie.. best ke tak..?







Review Transformers The Last Knight

Kalau ikut pada Kak Sue, jalan cerita boleh tahan aja lah kali nie. Rasa macam jalan cerita lambat nak sampai kemuncak.. Abang Man siap tertidur kut kat sebelah Kak Sue lepas Abang Man kata tak faham lah jalan cerita.. Sebenarnya Transformers kali nie ada beberapa babak flash back pahlawan zaman silam yang juga minta tolong dari Tranformers dalam peperangan mereka. Nak kena layan bebetul baru faham..

Walaupun macam tu, Kak Sue rasa Transforners The Last Knight nie, tak ada lah memboringkan sangat sampai tak boleh nak layan.. Sebab ada adengan kelakar buat kita hilang boring kejap. Adengan lawan-lawan macam biasa lah bila transform tu kan, menarik sangat. Apapun kalau korang nak tau best ke tak best kena lah datang tengok sendiri. Harap ada sambungan lagi cerita nie lepas nie. Macam ada sambung aja tu kat endingnya.. Kak Sue minat juga dengan cerita macam nie tau. Selamat menonton korang.. papai!

You Might Also Like

7 ulasan

  1. ala nampak gaya nak kene tgk tanpa budak .. baru boleh concentrat

    ReplyDelete
  2. Kesian abg man sampai terlelap. Penat beraya kot tu. Hehe. Seronok kan dpt outing ramai2 mcm ni.

    ReplyDelete
  3. ha'ah, tgk ending dia macam ada sambungan lagi..tpi yg ni punya tak best..saya & mr hubby tertidur gak masa layan movie ni..haha..slow sangat jalan cerita dia...

    ReplyDelete
  4. Masih tak abis2 lagi cerita Transformer ni ek. hehehe. Dengar review ramai kata biasa2 jer.

    ReplyDelete
  5. elsa tak follow pun movie nie huhu. kalau tertengok pun bila adik elsa ajak je. alamak! hahaha

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/4-cara-elak-perut-kenyang-semasa-beraya.html

    ReplyDelete
  6. Sblm ni follow transformers..kali ni xdpt nk follow

    ReplyDelete
  7. Takda kawan nak p tgk movie:(

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.