Happy Birthday Mak Tersayang

Assalamualaikum,hai semua.Selamat berhujung minggu bersama keluarga.Hari nie birthday Mak Kak Sue yang tersayang.Alhamdullilah masih dipanjang umur Mak dan masih sihat cuma biasa lah orang tua kan,kadang tu cepat letih sikit.Happy Birthday Mak tersayang..semoga Mak sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,diberi kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki sentiasa dan dimudahkan semua urusan Mak dunia,akhirat.Sempena birthday Mak nie hanya doa dan ucapan aja dari jauh,Mak tunggu Orang balik nanti ya.. (Orang tu Kak Sue bahasakan diri Kak Sue kat Mak dan adik beradik)

happy birthday mak tersayang
Happy Birthaday Mak Tersayang - Kenangan manis bercuti dengan Mak

Happy Birthday Mak Tersayang


Mak Kak Sue nie garang dan tegas orangnya,keluarga dan kawan terdekat memang dah tahu dan faham cara Mak.Walaupun Mak garang dan tegas Mak penuh dengan kasih sayang.Kawan-kawan Kak Sue,Abang dan adik-adik Kak Sue kalau datang memang dilayan baik,tapi kalau macam pelik-pelik sikit tu memang kena sound tepat lah..hahaha!Tapi itu dulu lah,masa zaman remaja kami semua..Sekarang nie Mak Dah kurang dah garangnya,kalau dengan cucu pun tak adalah garang macam zaman kami dulu

Mak nie kalau dah bagi libasan jelingan tu janganlah kami adik beradik nak buat bodow ja, memang namanya memintaklah.Kalau tengah buat benda Mak tak suka kami kena cecepat tinggalkan,kalau takk..hang siap!Hahahaha..tapi disebabkan ketegasan Mak tu lah kami dulu tak berani nak buat benda-benda tak baik depan Mak.Tak berani nak keluar berjalan tinggal rumah berselerak,tak berani nak menganga dengar orang tua bersembang tapi kadang belakang buat juga..huhuhu..maafkan kami Mak..

happy birtday mak tersayang
Sambutan Birtday Mak - Gambar kiriman dari adik Kak Sue,Tq Acik
Mak kalau bab memasak bukan nak memuji lah,memang tersedap di dunia.Mak kurang suka kalau kami beli makanan kat luar.Nanti ada lah macam-macam komplen..tak sedap,tak ada rasa,buang duit..Mak memang cerewet sikit bab makan.Kak Sue yang besar gajah pun Mak bising kalau tak pandai masak atau tak masak kat rumah..

Mak memang banyak berkorban untuk keluarga kami.Kalau nak diceritakan dan nak diingat memang jadi drama tak tahu lah berapa episod.Susah payah Mak membesarkan kami dulu akan tersimpan kemas dalam ingatan Kak Sue sampai bila-bila.Semoga diakhir hidup Mak biarlah yang manis-manis sahaja.Kalau boleh tak mahu nak menyusahkan hati Mak,InsyaAllah.Terima kasih Mak kerana selalu mendoakan dan memaafkan setiap kesilapan Orang.Orang sayang Mak dunia,akhirat..Jaga diri dan kesihatan ya..

Post a Comment

0 Comments