Bercuti Bersama Tok Pah

swiss garden resort & spa damai laut lumut

Assalamualaikum,hai semua!Alhamdullilah kali nie Tok Pah sudi nak ikut kami sekeluarga bercuti.Bukan senang nak pujuk dan ajak Tok Pah nie,maklumlah orang tua memang susah nak tinggal rumah kan..Macam-macam alasan yang Tok Pah bagi,tapi kali nie dengan sokongan adik beradik Kak Sue minta Tok Pah berehat sesekali,akhirnya Tok Pah setuju..yeay!


Apartment Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut Lumut


Kali nie Kak Sue sekeluarga plan bercuti ke Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut Lumut.Kami bertolak sebelah pagi jadi nanti ngam-ngam lah boleh check in kan.Sepanjang perjalanan pun cuaca baik dan lancar.Kami sampai lepas zohor dah,terus daftar kat counter ambik kunci dan naik ke aparment tapi Kak Sue dan Abang Man minta tukar ke apartment lain sebab rasa macam ke belakang sangat dan tingkat tiga risau Tok Pah letih nak naik turun tangga.
swiss garden resort & spa damai laut lumut

Masa Kak Sue buat tempahan ada Kak Sue minta nak depan kolam,tapi mungkin dah penuh kut..Lepas tunggu beberapa minit,kami di tukarkan ke apartment lain dan depan sikit..legaaa!Kak Sue nie takut sikit kalau rasa sunyi sepi rupanya menjelang petang nampak penuh juga kereta kat bahagian apartment belakang tadi..ehehe..nampak sangat penakut!

Semua dah selesai,Kak Sue dan Abang Man agak berpuashati dengan apartment nie kami pun berehat sekejap sebelum sambung aktiviti lain.Cuma yang tak bestnya lalat banyak kat sini tapi pihak Swiss Garden Apartment ada sediakan perangkap lalat.Apapun nanti Kak Sue kongsikan ya cuti-cuti Kak Sue sekeluarga kat sini nanti ya..papai!





Post a Comment

4 Comments

  1. Wah dah ade intro pasal swiss garden. Hari tue dok tgk pic je kt ig. Hehe

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak tunggu next entry kak su

    ReplyDelete
  3. mlm2 sunyi je tmpt ni kak tp best.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️