Kelapa Laut MAN JAVA ~ Open Order!

Assalaamualaikum semua..Kak Sue nak buat pengumuman sikit kat sini mengenai order Kelapa Laut MAN JAVA.Pihak Man Java Enterprise akan mula beroperasi minggu depan,semua order yang di hantar untuk minggu nie adalah yang telah di buat sebelum pihak kami tutup order pada akhir ramadhan hari tu..Untuk order baru boleh mula buat bermula hari ini ya..
Pihak kami juga suka nak mengingatkan sekali lagi setiap kawasan/pasar malam/pasar pagi atau pasar ramadhan hanya seorang peniaga dibenarkan.Bukan apa kalau ikutkan kami tak kisah pun berapa ramai nak berniaga dalam satu kawasan,tapi kesian lah pada peniaga-peniaga lain bila dalam satu kawasan sampai dua,tiga orang berniaga benda yang sama,macam mana nak buat duit kan macam tu..Jadi harap masing-masing faham lah apa yang telah diberitahu lebih awal supaya tak timbul masalah di kemudian hari..
Untuk order pula,suka juga pihak kami mengingatkan buat order yang cukup untuk stok sendiri dan buat kiraan lebih awal.Kami tak mahu ada masalah yang bila habis stok,dah hari-hari call dan mintak pihak kami hantar tanpa beritahu lebih awal sebab kami dah susun jadual kemana dan berapa stok yang keluar setiap hari,lagi sekali harap semua ambik kira semua nie ya..Kalau semua orang ikut apa yang telah ditetapkan semua kerja kita jadi mudah dan tak menimbulkan apa-apa masalah kan..Terima kasih kepada semua peniaga dan pelanggan yang memberi kerjasama kepada pihak kami dan berharap kerjasama kita semua akan berterusan sampai bila-bila ya..Rezeki sama dikongsi..papai!

Post a Comment

0 Comments