Kelebihan Surah Al Waqiah

March 11, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi kelebihan surah Al Waqiah.Surah Al Waqiah ialah surah yang ke 56 dalam Al Quran,terlatak pada juzuk ke 27 dan terdiri daripada 96 ayat.Surah al Waqiah (hari Kiamat) di ambil daripada al Waqiah yang terdapat pada ayat pertama dan surah ini menerangkan tetang hari kiamat,balasan yang di terima oleh orang mukmin dan orang kafir.Di terangkan juga penciptaan manusia,tumbuh-tunbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah serta adanya hari kebangkitan..
Kelebihan surah Al Waqiah ialah jika di baca setiap malam sebagai wirid,maka tidak akan di timpa kepapaan.Rasulullah s.a.w bersabda yag bermaksud "Sesiapa yang membaca surah Al Waqiah setiap mala,maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan.Dan surah Al Waqah ialah surah kaya,maka bacalah dan ajarkan kepada anak-anak kamu"
Tafsir Jamal berkata Masruq "Siapa ingin mengetahui cerita orag terdahulu dan orang terkemudian,serta ahli syurga dan ahli neraka,penduduk dunia dan akhirat,maka bacalah surah Al Waqiah,,
Iman Jaafar pula berkata "Sesiapa membaca surah Al Waqiah pada waktu pagi ketika keluar dari rumah untuk bekerja atau untuk mencari keperluan mak Allah mempermudahkan rezekinya dan mendatangkan hajatnya.Dan sesiapa yang membaca surah ini pada pagi dan petang maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan dan tidak takut terhadap orang yang akan memfitnah,sedangkan fitnah kembali pada orang lain"
Dan di sebut dalam Khawashul Quran,sesiapa yang membaca surah Al Waqiah sebanyak 41 kali dalam satu majlis,maka di tunaikan hajatnya terutama urusan rezeki.Dan sesiapa membaca surah ini sesudah solat asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis maka di tunaikan hajatnya,terutamya urusan rezeki.Aturan tersebut adalah mujarab.Jika ingin di tunaikan rezeki kita daripada Allah dengan tidak di sangka-sangka datagnya,maka bacalah surah Al Waqiah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus dan setiap harinya di baca 40 kali
Dengan mewiridkan surah Al waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam,maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.Saad Al mufti mengatakan bahawa hadis ini sahih
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.