Antara Kebaikan Kelapa Laut MAN JAVA

March 29, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak bercerita tentang kebaikan Kelapa Laut MAN JAVA.Seperti yang semua tahu,Kak Sue dan suami,Abang Man telah mengeluarkan dan memproses produk Kelapa Laut sejak dari tahun 2002 lagi.Sepanjang kami mengeluarkan dan memproses produk ini,Kak Sue dan keluarga alami sendiri serta testimoni dari pelanggan tentang kebaikan Kelapa Laut MAN JAVA.
Antara kebaikan Kelapa Laut Man Java yang telah di kongsikan dari testimoni pelanggan kami ialah dapat menghilangkan panas badan.Ceritanya bermula bila kawan Abang Man mengadu bercerita tentang anak beliau yang tak berapa sihat,panas badan dan demam.Abang Man memberi cadangan kepada beliau untuk mencuba memberi minum pati Kelapa Laut Man Java kepada anak beliau.Menurut cerita kawan Abang Man beliau beri minum dari pati kelapa laut tanpa membancuh dengan air,dan hasilnya Alhamdullilah panas dan demam anak beliau dengan izin Allah semakin berkurang.Sejak dari itu,beliau merupakan antara pelanggan tetap Pati Kelapa Laut MAN JAVA.
Kisah kedua,Niza dari Damansara yang telah menghubungi Kak Sue setelah membaca iklan di Blog Kak Sue tentang produk kami ini.Beliau ingin cuba mengubati sakit batok yang ibu beliau alami sejak sekian lama.Sebenarnya cadangan untuk minum air kelapa laut adalah atas cadangan doktor yang merawat ibu beliau.Wah jangan tak tau ye,doktor pun cadangkan minum kelapa laut untuk ubati batuk.Cuma kita belum mendapat bukti secara klinikal yang pati kelapa laut memang dapat mengubati batuk dengan izin Allah.

Kisah Ketiga pula dari Pak Din yang berasal dari Jalan Ipoh.Beliau menghubungi Abang Man setelah mendapat nombor dari peniaga dari bandar Selayang.Beliau berhajat sangat nak dapatkan Pati Kelapa Laut MAN JAVA sebab sebelum nie beliau dah cuba beri pada isteri beliau yang mengalami batok yang teruk sejak dari tahun 2008 lagi dan hasilnya mujarab dan batuk isteri beliau semakin baik.Alhamdullilah..
Kak Sue bersyukur di samping kami mencari rezeki,kami juga memberi manfaat kepada orang lain baik dari segi membantu peniaga lain yang mula nak bertapak atau peniaga yang nak menambahkan produk jualan mereka juga dapat membantu dari segi kesihatan.Terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana mempercayai produk dan perkhidmatan kami,apa yang berlaku dan kesembuhan serta kebaikan semua dengan izin Allah...





You Might Also Like

2 ulasan

  1. Semoga perniagaan bertambah maju aamiin :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah bermanfaat juga kelapa laut nie. Bolehlah nak selit order nanti. Hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.